Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Menteri Kerja Raya nafi terlibat skandal rasuah Pan Borneo Sabah
Published on: Thursday, May 08, 2025
Published on: Thu, May 08, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Menteri Kerja Raya nafi terlibat skandal rasuah Pan Borneo Sabah
Alexander berkata tuduhan tidak berasas itu bukan sahaja menjejaskan reputasinya secara peribadi, malah turut mencemarkan nama baik Kementerian Kerja Raya serta kerajaan Malaysia secara keseluruhan. - Foto Bernama.
SIBU: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi hari ini menafikan dakwaan pembabitannya dalam skandal rasuah berkaitan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah (WP35) yang tular menerusi satu saluran Telegram.

Dalam kenyataan di Facebook hari ini, beliau menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah, tidak berasas dan bermotifkan niat jahat terhadap dirinya selaku anggota pentadbiran kerajaan.

Advertisement
“Mesej berkenaan mengandungi tuduhan secara langsung terhadap saya sebagai Menteri Kerja Raya Malaysia, dengan dakwaan yang bersifat fitnah, tidak berasas dan berniat jahat. Saya menafikan sekeras-kerasnya semua tuduhan tersebut,” katanya.

Beliau berkata tuduhan tidak berasas itu bukan sahaja menjejaskan reputasinya secara peribadi, malah turut mencemarkan nama baik Kementerian Kerja Raya serta kerajaan Malaysia secara keseluruhan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Lebih membimbangkan, mesej yang bermula di Telegram itu kini turut tersebar ke pelbagai platform media sosial lain yang boleh menimbulkan salah faham dan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

Sehubungan itu satu laporan polis telah dibuat oleh Setiausaha Sulit Kanan beliau di Balai Polis Tun H.S. Lee di Kuala Lumpur semalam bagi menafikan tuduhan tersebut dan meminta siasatan segera dijalankan.

Advertisement
“Saya akan memberikan komitmen penuh untuk bekerjasama dalam apa jua bentuk bagi membantu siasatan dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah ini,” tegasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa amalan menyebarkan fitnah tidak wajar dijadikan senjata politik atau alat untuk menjatuhkan seseorang demi kepentingan peribadi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here