Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Rogol sepupu: Lelaki gagal ketepi sabitan, hukuman
Published on: Thursday, May 08, 2025
Published on: Thu, May 08, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Rogol sepupu: Lelaki gagal ketepi sabitan, hukuman
Pertuduhan di bawah Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara 10 tahun dan 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 25 tahun, yang dijatuhi hukuman penjara 23 tahun dan 12 kali sebatan rotan kerana merogol sepupunya di bawah umur, gagal dalam rayuannya terhadap sabitan dan hukumannya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Duncan Sikodol menolak rayuan lelaki itu selepas mendengar hujahan daripada peguam bela serta pihak pendakwaan selaku responden.

Advertisement
Dalam penghakimannya, Duncan menyatakan bahawa tiada apa-apa yang tidak kena dengan hukuman tersebut dan beliau tidak melihat sebarang alasan untuk campur tangan.

Mahkamah menolak rayuan itu dan mengekalkan sabitan serta hukuman yang dijatuhkan oleh hakim Mahkamah Sesyen terhadap perayu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada 18 Mei 2023, perayu disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas perbicaraan penuh terhadap pertuduhan yang dihadapinya.

Dia dipenjara 23 tahun dan diperintah dikanakan 12 kali sebatan rotan selepas didapati bersalah merogol kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu pada 2016 di sebuah rumah sebuah kampung di Kota Marudu.

Advertisement
Pertuduhan di bawah Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara 10 tahun dan 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Peguam perayu Datuk Bernard J. Dalinting, merayu, antara alasan lain, agar hukuman lelaki itu dikurangkan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here