KENINGAU: Debaran dan keterujaan semakin terasa dengan Sodop Pointuntunan sempena Pesta Kaamatan Peringkat Daerah 2025 bakal berlangsung pada 9 Mei ini di Dewan Masyarakat Keningau, di sini.
Seramai 14 finalis Unduk Ngadau dan 11 finalis Buvazoi Tavantang akan tampil memukau dalam acara berprestij yang menjadi nadi sambutan Kaamatan di pedalaman itu.
Barisan finalis Unduk Ngadau terdiri daripada Gwyneth Rayner, Brenda Elva Kimidi, Celine Juin, Alvera Trssry, Adelyent Justin, Phoebe Walter, Brenda Hazel Polinus, Helviyanna Nasip, Nathaniella Bella Riano, Lesdianaley Matius, Tracia Albert, Alvivyne Angel Micheal, Alvianney Anthony dan Naerryana Teris.
Sementara itu, finalis untuk Buvazoi Tavantang pula ialah Filistus Elor @ Francis, Jeadrynickarland Junior @ Jomilus, Janethen Jamer, Hazamie Sharomea Domilik, Ardy Ardian Martin, Alphonsus Marcellinus, Danis Muzaffar Haron Sha, Neveus Melvin Chew, Alfon Ted Anthony dan Ronnen Robert.
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Allfian Datuk Robert Tawik menyeru orang ramai untuk hadir agar tidak terlepas pengalaman budaya yang luar biasa ini.
“Ini bukan sekadar acara, ini adalah pentas maruah budaya – lambang kekuatan komuniti, kecantikan tradisi dan semangat anak muda yang bersatu demi warisan bangsa,” katanya dalam kenyataan.
Antara tetamu kehormat yang dijangka hadir termasuk Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Pengerusi Induk Pesta Kaamatan Kebangsaan merangkap Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan, Naib Presiden KDCA Datuk Robert Tawik yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya merangkap Adun Bingkor serta Adun Liawan yang juga Pengerusi Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) Datuk Annuar Ayub Aman.
Malam penuh gemilang ini turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada artis popular tanah air, antaranya Marsha Milan, Datuk Francis Landong dan Suili George selain penampilan khas Buvazoi Tavantang 2024, Totu Henryco David.
Maklumat lanjut, hubungi Bobby (013-3875322), Ariff (011-25756622) atau Narsha (014-5633709).