Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Industri hospitaliti pemangkin realisasi Papar jadi hab pelancongan
Published on: Thursday, May 08, 2025
Published on: Thu, May 08, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Industri hospitaliti pemangkin realisasi Papar jadi hab pelancongan
Armizan berkata, prasarana seperti Majestic 10Star Ballroom dapat menjadi antara tumpuan bagi program-program sosial masyarakat di Papar.
PAPAR: Industri hospitaliti dapat menjadi pemangkin utama dalam merealisasikan aspirasi menjadikan daerah ini sebagai salah satu hab pelancongan baharu di Sabah.

Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali berkata ia dapat disaksikan menerusi pelbagai kemudahan di Park Lane City Benoni seterusnya menjadi ekosistem kepada inisiatif itu.

Advertisement
“Kemudahan yang ada di Park Lane City Benoni seperti Majestic 10Star Ballroom, pawagam dan sebagainya, serta pembinaan hotel bertaraf lima bintang di Beringis dan Kinarut ‘kunci’ bagi mencapai aspirasi ini,” katanya selepas merasmikan Pembukaan Majestic 10Star Cinemas Ballroom di Park Lane City Benoni, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Pengarah Urusan Kumpulan WSG Datuk Susan Wong; Ketua Pegawai Eksekutif 10Star Cinemas Sdn Bhd, Onn Norshal Hamzah dan Pengarah filem Impak Maksima 2, Datuk Ahmad Idham.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata, prasarana seperti Majestic 10Star Ballroom dapat menjadi antara tumpuan bagi program-program sosial masyarakat di Papar.

“Ia boleh berfungsi menjadi pusat kegiatan masyarakat seperti majlis perkahwinan, termasuk sebagai alternatif bagi program-program sekolah seperti Majlis Konvokesyen kerana lokasinya lebih dekat.

Advertisement
“Kemudahan seumpama ini masih kurang, justeru Majestic 10Star Cinemas Ballroom ini dapat menjadi antara pilihan untuk penganjuran sebarang majlis sosial masyarakat di sini,” katanya.

Sementara itu, Onn berkata setakat ini terdapat enam pawagam 10Star Cinemas di Sabah iaitu dua di Tawau dan Sandakan serta masing-masing satu di Kota Marudu dan Papar.

Advertisement
Beliau berkata, pihaknya bercadang membuka lebih banyak pawagam di beberapa lagi daerah di Sabah khususnya di lokasi pinggir bandar susulan potensi yang ada di kawasan terbabit.

“Insha Allah, kita jangka membuka 18 lagi pawagam sama antaranya di Putatan, Kundasang, Keningau serta beberapa lagi lokasi yang kini masih dalam perbincangan,” katanya.

Susan pula berkata pihaknya akan membangunkan lagi beberapa kemudahan tambahan di Park Lane City bagi memenuhi aspirasi Papar sebagai hab pelancongan dan hospitaliti di Sabah.

Katanya, antara yang dirancang termasuk sebuah kolej pendidikan, pusat perubatan dan pusat beli belah serta pusat bowling dan arena khas bagi beberapa sukan dalaman dan luar dewan.

“Sebenarnya Parkson berminat untuk membuka cawangannya di sini (Park Lane City) dan ketika ini masih menunggu perincian mengenainya. 

“Penubuhan kolej ini juga belum dimuktamadkan namun ada pihak yang berminat.

“Park Lane City Benoni bakal membawa impak besar di masa depan terhadap pembangunan Papar,” katanya.

Terdahulu, Armizan turut menyaksikan Majlis Tandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara 10Star Cinemas Sdn Bhd diwakili Onn dengan Ahmad Idham bagi hak pengedaran filem Impak Maksima 2.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here