Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah catat penurunan kes tibi, kusta
Published on: Thursday, May 08, 2025
Published on: Thu, May 08, 2025
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Sabah catat penurunan kes tibi, kusta
CHING (kedua, kiri), Maria dan Faiz (tengah) melawat pameran kesihatan pada program itu.
SANDAKAN: Sabah mencatatkan penurunan kes tuberkulosis (tibi) tahun ini berbanding tahun lepas.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Maria Suleiman berkata sebanyak 6,099 kes tibi direkodkan tahun lepas, manakala sehingga minggu epidemiologi ke-18 tahun ini, sebanyak 1,993 kes direkodkan. 

Advertisement
“Bagi kes kusta, untuk tempoh sama minggu epid 18, kita juga melaporkan 35 kes berbanding 57 tahun lalu atau kira-kira 61 peratus daripada jumlah tahun lepas,” jelasnya.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sentiasa berusaha melaksanakan pelbagai aktiviti dan program kesedaran mengenai penyakit tibi dan kusta dapat disampaikan kepada masyarakat umum.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus menghadiri Sambutan Hari Tibi dan Kusta Sedunia Peringkat Negeri Sabah di Dewan PPR Taman Harmoni, di sini, pada Rabu.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Penyelaras Parlimen Sandakan, Tang Tzu Ching, yang mewakili Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee.

Advertisement
Hadir sama, Adun Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung, Pengerusi Jetawa Water Sdn Bhd, Liau Fui Fui, Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan, Dr Mohd Faiz Gahamat, Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Tibi Kusta JKNS, Dr Michelle May D Goroh, Presiden Persatuan Pencegahan Batuk Kering Sabah (Sabata), Julius Raymond serta wakil dari Persatuan Pemulihan Kusta Malaysia (MaLRA) Sandakan.

Dr Maria berkata, pengesanan dan pemeriksaan awal penting dalam memastikan pesakit mendapat rawatan sehingga sembuh.

Advertisement
Sementara itu, Ching menghargai peranan JKNS yang secara berterusan melaksanakan program kesedaran berkenaan penyakit itu.

Beliau menggesa orang ramai segera mendapatkan rawatan dan membuat pemeriksaan di klinik atau hospital berdekatan, sambil menghargai usaha pihak JKNS yang membuat program x-ray bergerak dan pemeriksaan penyakit itu di lokasi penganjuran dan kawasan terpencil.

“Ini juga akan membantu dalam usaha mencapai sasaran bebas tibi menjelang 2035, yang ditetapkan oleh pihak kesihatan,” katanya.

Terdahulu, Vivian berkata, pelbagai usaha diambil oleh JKNS yang tidak hanya tertumpu kepada penambahbaikan fasiliti kesihatan, sumber manusia, kebajikan anggota, rawatan kepada pesakit, malah turut memikirkan usaha-usaha yang perlu dilakukan, terutama dalam meningkatkan pembudayaan hidup sihat dalam kalangan rakyat Sabah.

“Tema tahun ini, ‘Bersama Hentikan Tibi: Perkasa Komitmen, Dana dan Perkhidmatan’ juga menekankan komitmen padu Kerajaan Madani dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menoktahkan tibi sebagai salah satu beban kesihatan awam menjelang 2035.

“Bagi mengatasi stigma terhadap pesakit kusta dan memastikan akses rawatan yang adil dan segera, kempen pendidikan awam serta penglibatan komuniti adalah penting,” katanya.

Beliau berkata ini boleh dilakukan melalui pelbagai advokasi yang mudah difahami, konsisten serta bersifat inklusif merangkumi daerah pedalaman dan juga kawasan endemik.

“Selain itu, sokongan psikososial dan perkongsian kisah kejayaan pesakit boleh membantu memupuk penerimaan dan mengurangkan salah tanggapan tentang penyakit ini,” katanya dalam ucapan yang dibacakan oleh Ching.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here