Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Andmesh bakal temui peminat di Sabah pada Ogos
Published on: Friday, May 09, 2025
Published on: Fri, May 09, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Andmesh bakal temui peminat di Sabah pada Ogos
KUALA LUMPUR: Penyanyi sohor Indonesia, Andmesh Kamaleng bakal bertemu peminatnya di Sabah bersama-sama dengan artis popular tanah air Adira, Hael Husaini dan Ara Johari pada 9 Ogos depan.

Bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah,  Festival Tentang Cinta yang menggabungkan elemen cinta, muzik dan persembahan bertenaga turut menampilkan Mary Grace dan bintang Indonesian Idol musim ke-10, Ziva Magnolya.

Advertisement
“Adira yang dikenali menerusi vokal hebatnya dan Mary Grace yang mencuri tumpuan ramai dalam dunia hiburan bakal membuktikan bahawa bakat tempatan Sabah terus relevan dan mampu bersaing di peringkat lebih tinggi.

“Ziva mula dikenali selepas meraih tempat ketiga Indonesian Idol. Penampilannya yang memukau dengan teknik vokal 'riffs & runs' menjadikannya antara peserta paling menonjol pada musim tersebut,” menurut penganjur, Extreme Visionary Venture dalam kenyataan hari ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam kenyataan sama, penerbit konsert Datuk Suhaila Semaru berkata penganjuran festival itu yang mendapat kerjasama Tourism Malaysia, bukan untuk hiburan semata-mata tetapi bakal turut memberi impak kepada industri pelancongan negeri.

“Festival Tentang Cinta ialah sebuah inisiatif yang lahir daripada semangat menyatukan cinta dan muzik dalam satu pengalaman penuh makna. Kami ingin menjadikan Sabah sebagai destinasi hiburan dinamik, selain memperkenalkan bakat-bakat tempatan seperti Adira dan Mary Grace kepada khalayak yang lebih luas. 

Advertisement
“Melalui gabungan unsur seni dan kecemerlangan artis tempatan, festival ini menjadi titik tumpuan yang memikat pelancong dari pelbagai rantau termasuk pelawat antarabangsa, serta membantu memberi peluang baharu dalam industri seni dan hiburan Sabah,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here