Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Bangunan baharu Perpustakaan Negeri Sabah Kunak lebih RM6 juta hampir siap
Published on: Friday, May 09, 2025
Published on: Fri, May 09, 2025
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
Bangunan baharu Perpustakaan Negeri Sabah Kunak lebih RM6 juta hampir siap
Bangunan Perpustakaan ini yang bernilai lebih RM6 juta mula dibina pada September 2021 dan sepatutnya siap pada September 2023. 
KUNAK: Bangunan baharu Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) cawangan Kunak yang kini dalam proses penyiapan akhir, bakal memberi manfaat kepada masyarakat di daerah itu.

Bangunan Perpustakaan ini yang bernilai lebih RM6 juta mula dibina pada September 2021 dan sepatutnya siap pada September 2023. 

Advertisement
Pembinaan fasiliti itu tergendala sebelum ini termasuk ketika negara berdepan dengan pandemik Covid-19 yang mengehadkan pergerakan di banyak sektor.

Faktor lain kelewatan pembinaan projek itu termasuk pertukaran lokasi tapak binaan dan perubahan landskap politik di Sabah pada 2018.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bangunan baharu itu dibina atas tapak milik kerajaan negeri berhampiran Dewan Arena Belia di Kunak. 

Kelulusan untuk projek pembangunan perpustakaan ini sudah diperolehi lebih awal ketika pentadbiran kerajaan negeri ketika itu diterajui Ketua Menteri Tun Musa Aman (yang kini Tuan Yang Terutama - TYT Sabah). 

Advertisement
Ketika ini, Perpustakaan Kunak beroperasi di sebuah bangunan komersial di Pekan Kunak.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here