PERKEMBANGAN teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin pesat memberi impak membimbangkan terhadap industri muzik tanah air.
Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) membangkitkan kebimbangan tentang bahaya penghasilan tidak terkawal muzik janaan AI dalam landskap muzik Malaysia sekali gus menggesa perhatian serta tindakan segera daripada badan kerajaan yang berkaitan.
Pengerusinya Rosmin Hashim berkata walaupun AI berpotensi untuk mengembangkan kreativiti dan meningkatkan kecekapan pengeluaran lagu.
“Penggunaannya yang tidak terkawal boleh menjejaskan periuk nasi semua penggiat dalam ekosistem industri muzik tempatan. Tanpa perundangan yang jelas pencipta mungkin mendapati karya mereka dieksploitasi tanpa kebenaran atau pampasan yang sewajarnya.
Advertisement





