Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
643 peniaga gerai tepi jalan Sabah layak terima RM5,000
Published on: Friday, May 09, 2025
Published on: Fri, May 09, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
643 peniaga gerai tepi jalan Sabah layak terima RM5,000
Dr. Joachim (tengah) bergambar bersama peniaga yang menerima bantuan Untukmu.
Kundasang: Seramai 643 peniaga gerai kecil tepi jalan di seluruh Sabah dikenal pasti layak menerima bantuan one-off RM5,000 seperti yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan Negeri Sabah 2025.

Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, senarai penerima bantuan sudah pun dimuktamadkan selepas proses pengesahan menyeluruh yang dilaksanakan oleh jawatankuasa khas membabitkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Kementerian Kewangan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Advertisement
“Program turun padang telah dijalankan untuk mendapatkan data peniaga gerai tepi jalan di semua daerah.

“Selepas kajian dilakukan berdasarkan mekanisme yang telah ditetapkan, seramai 643 peniaga telah dikenal pasti layak menerima bantuan ini,” katanya pada majlis ‘kick-off’ penyerahan bantuan Usaha Naik Taraf Untuk Komuniti dan Masyarakat Umum (Untukmu) Peringkat Negeri di Pentas Budaya Kundasang, di sini pada Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dr. Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, daripada jumlah itu, seramai 47 penerima dari daerah Ranau menerima bantuan tunai RM5,000 setiap seorang itu pada Khamis. 

Katanya, inisiatif ini merupakan tanda keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap nasib peniaga kecil yang berdepan cabaran seperti peningkatan kos operasi, kekurangan modal serta lokasi perniagaan yang tidak stabil.

Advertisement
Beliau turut menganggap peniaga kecil sebagai pemacu ekonomi mikro yang memainkan peranan penting dalam menyediakan perkhidmatan kepada komuniti setempat.

“Diharapkan bantuan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya, sama ada untuk membeli peralatan, sebagai tambahan modal, atau untuk mengembangkan lagi perniagaan sedia ada,” katanya.

Advertisement
Majlis pada Khamis itu turut menyaksikan penyerahan replika cek kepada PBT yang terlibat sebelum pengagihan bantuan secara berperingkat ke daerah-daerah lain dilaksanakan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here