Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tiga jelitawan dinobat wakili Tuaran, Tamparuli dan Kiulu
Published on: Friday, May 09, 2025
Published on: Fri, May 09, 2025
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Tiga jelitawan dinobat wakili Tuaran, Tamparuli dan Kiulu
DARI kiri: Sera, Atitih, April, Celarin dan Betty. – Foto Ricardo Unto
KIULU: Tiga jelitawan dinobatkan untuk mewakili Tuaran, Tamparuli dan Kiulu ke Unduk Ngadau Kaamatan peringkat negeri 2025 semasa sambutan peringkat daerah Tuaran yang diadakan di Dewan OKK Rampas di sini pada Selasa.

April Adelaide Agedius, 25, yang akan mewakili Tuaran, Atitih Yati Robert (Tamparuli), 26, dan Celarin Jenny (Kiulu), 25, diumumkan sebagai pemenang utama, dengan masing-masing menerima wang tunai RM10,000 bersama mahkota, trofi, sijil dan hadiah tajaan.

Advertisement
Gelaran naib juara dimenangi oleh Sera Vian Japrin, 24, yang menerima RM3,000, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Betty Mary Jaikol, 28, dengan hadiah bernilai RM2,000, kedua-duanya turut menerima hadiah tambahan.

Sepuluh finalis lain turut membawa pulang RM1,000 setiap seorang bersama trofi, sijil dan baucar sebagai hadiah saguhati.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here