Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Putrajaya, Sarawak sepakat selesai isu Petronas–Petros secara rundingan - PMO
Published on: Saturday, May 10, 2025
Published on: Sat, May 10, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Putrajaya, Sarawak sepakat selesai isu Petronas–Petros secara rundingan - PMO
PMO berkata pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni berteraskan semangat Persekutuan. - Foto Bernama.
Kuala Lumpur: Putrajaya dan Sarawak telah mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan isu Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) secara rundingan.

Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata kesepakatan tersebut dicapai menerusi pertemuan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan turut disertai oleh kepimpinan tertinggi Petronas dan Petros di Perdana Putra, Putrajaya.

Advertisement
“Perdana Menteri serta Premier Sarawak telah bersetuju untuk memuktamadkan prinsip-prinsip asas dalam masa terdekat seperti yang dipersetujui sebelum ini untuk mempermudahkan rundingan antara Petronas dan Petros,“ katanya dalam satu kenyataan hari Jumaat (Mei 9).

PMO berkata pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni berteraskan semangat Persekutuan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Langkah mencapai kesepakatan itu penting bagi memastikan potensi besar yang telah dikenal pasti daripada kerjasama Petronas dan Petros dapat diteroka secara menyeluruh dan dilaksanakan dengan berkesan.

“Ini termasuklah menyegerakan pembekalan tenaga secara komersial ke negara-negara ASEAN,“ katanya.

Advertisement
Menurut kenyataan tersebut, Perdana Menteri dan Premier Sarawak juga telah mencapai kesepakatan untuk menyelesaikan semua isu berbangkit sebelum ini melalui rundingan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here