Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
GRS sedia bertanding solo jika tiada pilihan untuk kestabilan politik: Ketua Menteri
Published on: Saturday, May 10, 2025
Published on: Sat, May 10, 2025
Text Size:
Text:
GRS sedia bertanding solo jika tiada pilihan untuk kestabilan politik: Ketua Menteri
Hajiji menegaskan bahawa sebarang penyimpangan daripada prinsip ini akan dilihat sebagai perbuatan mengabaikan aspirasi sebahagian besar rakyat Sabah.
Kota Kinabalu: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Khamis mengesahkan pendiriannya bahawa parti-parti tempatan Sabah harus menjadi tonggak kepada Kerajaan Negeri, bagi memastikan kepimpinan yang benar-benar memahami realiti, budaya dan keperluan rakyat negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, yang juga Pengerusi GRS, berkata GRS berpegang kepada prinsip bahawa Sabah seharusnya dipimpin oleh parti tempatan – yang memahami realiti, budaya dan keperluan rakyat negeri ini — tanpa mengetepikan peranan dan kepentingan parti-parti nasional dalam kerangka kerjasama yang lebih luas.

Advertisement
“Sekiranya keputusan muktamad Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) adalah untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri akan datang, maka GRS bersedia untuk bertanding secara solo dan memfokuskan kerjasama dengan parti tempatan lain yang sehaluan,” katanya dalam kenyataan. 

Hajiji, yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), menegaskan bahawa sebarang penyimpangan daripada prinsip ini akan dilihat sebagai perbuatan mengabaikan aspirasi sebahagian besar rakyat Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Apa yang GRS perjuangkan ialah kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat demi masa depan Sabah.

“Seperti yang saya sering tekankan, Kerajaan Negeri hari ini perlu terus diperkukuhkan kerana ia membawa kestabilan dan mewakili satu bentuk kerjasama yang menyumbang kepada kekuatan Kerajaan Perpaduan di peringkat persekutuan. 

Advertisement
“Mengenepikan aspirasi tempatan dalam konteks politik Sabah adalah tidak selari dengan sentimen rakyat di peringkat akar umbi,” katanya.

Sehubungan itu, Hajiji berkata GRS akan mengadakan mesyuarat kepimpinan dalam masa terdekat untuk menetapkan hala tuju gabungan itu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang. 

Advertisement
“GRS juga akan mengadakan perbincangan rasmi dengan parti-parti yang membentuk Kerajaan Negeri untuk mendapatkan pandangan dan pendirian mereka,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here