Kota Kinabalu: Seorang wanita dan anak lelakinya berdepan detik cemas selepas kereta mereka terbabas masuk ke dalam kolam rawatan kumbahan di Jalan Loji, Taman Kingfisher, pagi Jumaat.
Kejadian 8.30 pagi itu melibatkan sebuah Perodua Viva
(gambar).
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, wanita berusia 79 tahun dan anak lelakinya berusia 49 tahun itu terperangkap di dalam tetapi diselamatkan oleh orang yang lalu sebelum bomba tiba.
“Warga emas itu keluar dari keretanya melalui pintu belakang sambil memegang batang kayu yang dihulurkan orang awam.
“Pemandu keluar melalui tingkap sebelah pemandu dengan cara yang sama.
“Antara yang membantu ialah anggota bomba PBK I Hasrulnizam Md Zain, yang kebetulan melalui kawasan tersebut,” kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lintas, Agustavia Joe Guasi.
Sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas tiba di tempat kejadian dalam beberapa minit.
Operasi ditamatkan pada 8.54 pagi selepas memastikan lokasi itu selamat. Polis turut hadir membantu siasatan.