Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Ambil syabu: E-semakan rayuan lelaki 27 Mei
Published on: Saturday, May 10, 2025
Published on: Sat, May 10, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Ambil syabu: E-semakan rayuan lelaki 27 Mei
Hakim Mahkamah Sesyen memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Mohd Afifi dan mensabitkannya di bawah Seksyen 39C(2) ADB yang dibaca bersama Seksyen 39B ADB.
Kota Kinabalu: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 27 Mei ini untuk tarikh e-semakan bagi rayuan seorang bapa berusia 39 tahun terhadap hukuman yang dikenakan ke atasnya kerana berulang kali mengambil syabu.

Hakim Datuk Celestina Stuel Galid menetapkan tarikh tersebut bagi Mohd Afifi Nanun selepas dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa rekod rayuan belum diserahkan.

Advertisement
Mohd Afifi memfailkan rayuan terhadap hukuman penjara lapan tahun dan tiga bulan serta tiga sebatan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah atas pertuduhan tersebut.

Pada Mac tahun ini, Mohd Afifi disabitkan kesalahan mengambil dadah itu pada jam 4.10 petang 27 Disember 2023 selepas ujian air kencingnya didapati positif dan dia mempunyai satu rekod sabitan di bawah Seksyen 39C(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) kerana beberapa sabitan mengambil dadah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hakim Mahkamah Sesyen memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Mohd Afifi dan mensabitkannya di bawah Seksyen 39C(2) ADB yang dibaca bersama Seksyen 39B ADB.

Hukuman di bawah seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara antara tujuh hingga 13 tahun, serta sekurang-kurangnya tiga sebatan, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Pihak pendakwaan telah memanggil lima saksi manakala hanya seorang saksi pembelaan memberi keterangan semasa perbicaraan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here