Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
GRS sedia untuk sebarang senario
Published on: Sunday, May 11, 2025
Published on: Sun, May 11, 2025
By: Cynthia D Baga, Iskandar Dzulkifli, Lagatah Toyos, Nora Ahmad
Text Size:
Text:
GRS sedia untuk sebarang senario
Christopher (kiri), Ruslan (tengah) dan Christy.
Kota Kinabalu: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersedia untuk sebarang senario, termasuk bertanding secara solo – begitu pendirian beberapa komponen GRS susulan keputusan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) akan datang.

Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS), Christopher Mandut menyambut baik ketegasan dan kesiapsiagaan Ketua Menteri merangkap Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor, untuk bertanding secara sendirian jika BN dan PH memutuskan itu yang terbaik.

Advertisement
Ini akan bermakna pertempuran pilihan raya di mana gabungan bertentangan untuk menguasai Sabah akan diputuskan oleh pihak yang diterajui parti berpangkalan di semenanjung atau gabungan 100 peratus parti Sabah.

“Hajiji turut menyatakan bahawa GRS akan memberi tumpuan kepada kerjasama dengan parti-parti tempatan lain yang berkongsi matlamat dan hala tuju yang sama demi menghadapi PRN17 dengan lebih tersusun.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Gabungan ini dipimpin oleh tokoh-tokoh berpengalaman dan berpandangan jauh. Saya percaya Ketua Menteri dan seluruh kepimpinan GRS memiliki strategi mantap untuk mempertahankan gabungan ini dan memastikan kestabilan politik di Sabah terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan, Sabtu.

“Kita mengimpikan pentadbiran stabil dan berdaya saing seperti yang dibuktikan di Sarawak, dan saya percaya Sabah mampu mencapai impian itu melalui kekuatan GRS,” kata Christopher.

Advertisement
Naib Presiden PBS, Datuk Ruslan Muharam berpendapat kerjasama BN dan PH itu sebenarnya boleh mengukuhkan GRS sebagai sebuah gabungan parti tempatan.

Adun Lumadan itu berkata, masyarakat akar umbi sebenarnya hanya mahukan parti tempatan menerajui kerajaan negeri, sama seperti di Sarawak.

Advertisement
“Kita di peringkat parti tempatan tidak ada masalah kerana bukan kita yang menolak (kerjasama).

“Rakyat sudah melihat contoh di Sarawak, selain situasi Sabah yang masih ketinggalan dan ketirisan dari segi hak kita, termasuk tiada keseimbangan peruntukan yang sepatutnya Sabah terima.”

Ruslan secara peribadi berpendapat PH Sabah lebih cenderung bekerjasama dengan GRS hasil jalinan mantap menerusi kerajaan GRS-PH Plus ketika ini.

“Kita lihat pemimpin kita dari PH di Sabah, mereka lebih senang bekerjasama dengan GRS tetapi mungkin juga mereka perlu akur dengan keputusan atasan.

“Ini maknanya, PH Sabah ataupun BN Sabah tidak ada (kuasa) autonomi di peringkat wilayah ini tetapi dikawal oleh kepimpinan mereka di Putrajaya.

“Perbincangan memang ada antara GRS dan PH Sabah, tetapi PH Sabah tiada autonomi. Mereka mahu bersama GRS tetapi mereka kena akur dengan keputusan federal,” katanya.

Setiausaha Agung Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Christy Chok Lee Lui berkata keputusan Hajiji itu dilihat selaras aspirasi dan kehendak rakyat Sabah, dalam memastikan negeri ini berhak menentukan hala tuju dan pembangunannya sendiri.

“Inilah impian rakyat Sabah. Kita mampu berdikari dengan usaha negeri sendiri.  Bagi PHRS, keputusan parti lain untuk bekerjasama dalam PRN Sabah adalah keputusan dan hak mutlak parti berkenaan.

“Dan begitu juga dengan PHRS yang yakin dan menyokong penuh kepimpinan Ketua Menteri dan GRS,” katanya.

Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Tanjung Keramat, Burhanuddin Yahya Hussin berkata Kerajaan Negeri wajar diterajui oleh parti tempatan Sabah demi kepentingan dan masa depan rakyat di negeri ini.

“GRS tetap berpegang kepada prinsip bahawa kepimpinan negeri ini harus datang daripada rakyat Sabah sendiri, yang lebih memahami keperluan dan aspirasi masyarakat setempat,” ujarnya.

Beliau turut menyeru rakyat, khususnya golongan muda, agar terus menyokong parti-parti tempatan yang komited membela nasib dan masa depan Sabah secara konsisten dan berprinsip.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here