Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah lancar LPBS perkasa keterjaminan makanan
Published on: Sunday, May 11, 2025
Published on: Sun, May 11, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sabah lancar LPBS perkasa keterjaminan makanan
Hajiji menjelaskan bahawa LPBS akan mengambil alih semua aspek pembangunan dan pengurusan tanaman padi daripada Jabatan Pertanian negeri mulai tahun ini, serta akan berperanan sebagai badan pengawal selia bagi kedua-dua aspek tersebut.
KOTA BELUD: Kerajaan Sabah pada Sabtu melancarkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS) bagi mencapai sasaran Tahap Sara Diri (SSL) beras sebanyak 30 peratus menjelang tahun depan dan 60 peratus pada 2030.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata pewujudan semula LPBS akan memperkukuh inisiatif negeri untuk memastikan bekalan makanan tempatan mencukupi keperluan rakyat dan mengurangkan kebergantungan terhadap beras import.

Advertisement
“Pada masa ini, pengeluaran beras tempatan hanya menyumbang sekitar 22.8 peratus daripada keperluan Sabah, sekali gus mewujudkan kebergantungan tinggi kepada import,” katanya pada majlis pelancaran LPBS dan Skim Takaful Penanaman Padi Agrobank di sini pada Sabtu.

Ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hajiji menjelaskan bahawa LPBS akan mengambil alih semua aspek pembangunan dan pengurusan tanaman padi daripada Jabatan Pertanian negeri mulai tahun ini, serta akan berperanan sebagai badan pengawal selia bagi kedua-dua aspek tersebut.

Bagi meningkatkan SSL, kerajaan akan memfokuskan pembangunan tanaman padi di enam daerah iaitu di Kota Marudu, Tuaran, Tambunan, Keningau, Papar dan Kota Belud, merangkumi 22,218.35 hektar dengan 16,018 penanam padi terlibat.

Advertisement
Selain itu, kerajaan juga menggalakkan penanaman padi bukit di tanah tinggi.

“Sebanyak 13,266 hektar tanah bukit sesuai untuk padi bukit melibatkan 15,617 petani. Jika dibangunkan sepenuhnya, ia mampu menjana 30,424 tan metrik setahun,” katanya.

Advertisement
Seperti Sarawak terkenal dengan beras Bario, Hajiji berkata Sabah mempunyai varieti padi bukit tersendiri seperti beras Adan dari Long Pasia dan kawasan Ranau, Kudat serta Pitas yang semakin mendapat tempat di pasaran tempatan.

“Kerajaan negeri komited membangunkan tanah sawah terbiar dan meningkatkan pengeluaran padi serta beras tempatan,” tambahnya, sambil menggesa syarikat berkaitan kerajaan memanfaatkan tanah terbiar untuk tujuan sama.

Dalam majlis sama, beliau mengajak petani memanfaatkan Skim Takaful Penanaman Padi Agrobank, yang melindungi tanaman mereka daripada kerosakan akibat bencana alam, serangan perosak dan penyakit.

Skim ini terbuka kepada petani warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berdaftar di bawah Skim Baja Kerajaan Persekutuan dan memiliki akaun Agrobank. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here