Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Program Satu Daerah Satu Industri lonjak jualan hingga 20 peratus
Published on: Sunday, May 11, 2025
Published on: Sun, May 11, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Program Satu Daerah Satu Industri lonjak jualan hingga 20 peratus
TAWAU: Sebanyak 90 peratus usahawan tempatan yang menyertai Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) kendalian Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) di seluruh negara berjaya meningkatkan nilai jualan produk masing-masing sekurang-kurangnya sebanyak 20 peratus.

“Sebagai contoh, Koperasi Desa Gedok Gemenceh yang mengusahakan industri rendang maman di Negeri Sembilan berjaya mencatatkan peningkatan jumlah jualan kepada 77.80 peratus dan seterusnya meningkatkan pendapatan kepada 77.83 peratus yang merupakan satu kejayaan membanggakan,”katanya.

Advertisement
Di Sabah pula, katanya, antara usahawan SDSI yang boleh dijadikan contoh ialah industri sarang burung walet yang diusahakan oleh Koperasi Kumpulan Walit Kanibongan Berhad (Kokuwa). 

Katanya, pada 2023, industri berkenaan menunjukkan peningkatan purata jualan tahunan sebanyak 33.4 peratus daripada RM102,690 kepada RM137,016.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Tambahnya, dari segi usahawan pula, sehingga 2024, terdapat seramai 138 usahawan SDSI di Sabah.

Untuk rekod, kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM26.3 juta untuk usahawan SDSI di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dari 2021 hingga 2025.

Advertisement
Ewon berkata, melihat kepada pencapaian tersebut, Kuskop akan terus menyokong pelaksanaan program SDSI.

Menurutnya, Kuskop turut mengemukakan permohonan peruntukan pembangunan bagi meneruskan pelaksanaan program SDSI di bawah RMK-13 untuk tempoh 2026 hingga 2030. 

Advertisement
Beliau berharap permohonan itu diberikan pertimbangan sewajarnya daripada Kementerian Ekonomi untuk kelangsungan program komuniti di bawah SDSI.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Showcase SDSI Wilayah Borneo Tahun 2025 sempena Program Madani Rakyat (PMR) 2025 Sabah di Dataran Majlis Perbandaran Tawau (MPT) di sini, pada Sabtu.

Pada majlis itu, Ewon turut merasmikan peluncuran pelaksanaan Garis Panduan Program SDSI 2.0 bertujuan untuk memperkemaskan lagi gerak kerja pembangunan SDSI di seluruh negara.

Beliau turut menyampaikan cek cura geran pembiayaan di bawah Fasa 3: Pembangunan Industri SDSI berjumlah RM1,500,000 yang bakal memberi manfaat kepada tujuh industri yang akan dibangunkan oleh Kuskop dan Institut Keusahawanan Negara (Insken) pada 2025.

Selain itu, beliau juga menyampaikan bantuan pembiayaan menerusi geran dan pinjaman di bawah agensi Kuskop dengan nilai pembiayaan keseluruhan berjumlah RM31.75 juta.

Mengenai program itu, beliau berkata, Showcase SDSI Wilayah Borneo Tahun 2025 melibatkan 158 usahawan yang dijemput iaitu sembilan pengusaha trak makanan, 24 usahawan Selera Bawah Bayu yang menyediakan masakan panas dan 120 usahawan SDSI.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here