Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kekalkan bahasa ibunda dalam pertuturan harian – Ellron
Published on: Monday, May 12, 2025
Published on: Mon, May 12, 2025
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Kekalkan bahasa ibunda dalam pertuturan harian – Ellron
ELLRON memalu gong sebagai tanda rasminya Kaamatan Peringkat Mukim Sook.
SOOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sook Datuk Ellron Angin melahirkan kebimbangan terhadap penggunaan bahasa ibunda yang semakin luntur dalam kalangan generasi muda, khususnya dalam komuniti Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR).

Katanya, sebagai anak jati daerah ini, beliau amat cakna dan prihatin agar ada usaha untuk mengekalkan penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pertuturan harian di kalangan keluarga.

Advertisement
“Bahasa adalah tunjang utama identiti dan warisan bangsa apabila bahasa kita pupus, maka hilanglah jati diri dan akar budaya kita,” katanya.

Ellron yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata demikian semasa berucap merasmikan Pesta Kaamatan Mukim Sook (A) di Dewan Masyarakat Sook di sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Justeru katanya, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk memupuk kesedaran dalam kalangan generasi muda agar mereka mencintai bahasa ibunda disamping memahami, menghargai dan menghayati adat, budaya serta tradisi KDMR yang telah sekian lama membentuk nilai-nilai murni dalam masyarakat KDMR.

Pada masa sama Ellron menyokong sepenuhnya usaha Mahkamah Anak Negeri Sabah sebagai pemegang adat tempatan dalam mengusulkan program-program pemeliharaan budaya.

Advertisement
Mengenai sambutan Pesta Kaamatan yang disambut di setiap mukim di daerah ini, Ellron berkata, sesuai dengan Kaamatan tahun ini “Kaamatan untuk semua”, ia menjadi wadah mempereratkan silaturahim, menyemai rasa bangga terhadap budaya sendiri, dan menyuburkan semangat muhibah dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan latar belakang.

Beliau juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan Pesta Kaamatan Mukim Sook (A) pada tahun ini.

Advertisement
Turut hadir Setiausaha Politik Kepada Menteri Belia dan Sukan Sabah Jreneus Pagut, Ketua Daerah Sook Lanusag Etap @ Raipol dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sook Tony Talasoi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here