Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
10 cawangan PGRS Kunak sertai Umno
Published on: Monday, May 12, 2025
Published on: Mon, May 12, 2025
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
10 cawangan PGRS Kunak sertai Umno
Salleh berkata kemasukan beramai-ramai anggota PGRS dan Warisan itu menunjukkan satu perkembangan yang baik kepada Barisan Nasional.
KUNAK: Sepuluh orang daripada pemimpin cawangan akar umbi Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) di Kunak keluar parti dan menyerahkan borang permohonan mereka untuk menyertai Umno di sini, Sabtu. 

Mereka termasuk ketua cawangan parti Gagasan Rakyat dan ahli-ahlinya.

Advertisement
Sementara itu, satu cawangan daripada Parti Warisan turut bertindak sama.

Kesemua mereka menyerahkan borang keahlian kepada Bendahari Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said selepas beliau merasmikan Mesyuarat Berkelompok Cawangan-Cawangan Umno DUN 63 Kunak yang diadakan di AS Centre dataran Boheyan Plaza, Pekan Kunak.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bercakap kepada media selepas itu, Salleh berkata kemasukan beramai-ramai anggota PGRS dan Warisan itu menunjukkan satu perkembangan yang baik kepada Barisan Nasional.

“Ini menunjukkan kekuatan Barisan Nasional di Kunak. Hari ini juga kita telah menerima permohonan 662 ahli baharu daripada Parti Warisan dan Gagasan Rakyat (PGRS)…ini satu perkembangan yang baik. Rakyat sedar perjuangan parti kita (BN-Umno) dan mereka kembali bersama kita.. dan ini meyakinkan saya, Insyaallah, (DUN) Kunak ini akan menjadi milik BN pada Pilihanraya Negeri yang akan datang,” katanya.

Advertisement
Hadir sama di majlis itu Ketua Pemuda Umno Bahagian Lahad Datu, Dato’ Sri Anil Sandhu dan beberapa pemimpin bahagian lain.

Ditanya mengenai kesepakatan BN dan PH untuk menghadapi PRN Sabah akan datang, Salleh berkata ia merupakan satu petanda yang baik. Antara sebab ahli PGRS itu keluar parti kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Adun Kunak ketika ini.

Advertisement
“BN dan PH akan bekerjasama dalam PRN yang akan datang. Ini adalah satu petanda yang baik dan kita alu-alukan, tetapi kita kena tahu gabungan ini bukan bererti untuk dua parti sahaja, kita terbuka untuk bekerjasama dengan parti-parti tempatan yang ingin bersama-sama kita.

“Kita terima hakikat yang BN dan PH adalah dua gabungan sebagai tunjang kepada pemerintahan persekutuan. Dan jika ia dapat diterjemahkan di Sabah, ini sudah tentulah akan membantu menstabilkan keadaan politik di Sabah dan kita boleh menumpukan perhatian untuk membangunkan negeri ini,” katanya.

Sebagai Bendahari Umno Sabah, beliau mahu memastikan BN akan mendapat kemenangan di kawasan-kawasan yang dipertandingkan dalam pilihanraya negeri akan datang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here