Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
2,361 haiwan liar mati dilanggar kenderaan sepanjang lima tahun
Published on: Monday, May 12, 2025
Published on: Mon, May 12, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
2,361 haiwan liar mati dilanggar kenderaan sepanjang lima tahun
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad pada sidang media semasa Operasi Penguatkuasaan Kenderaan Bermotor di Jalan Jakar, Kemaman, hari ini. - Foto Bernama.
CHUKAI: Sebanyak 2,361 haiwan liar dilaporkan mati dilanggar kenderaan di atas jalan di seluruh negara sejak 2020 hingga kini.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata dalam tempoh itu Pahang menjadi negeri tertinggi merekodkan jumlah kematian haiwan liar akibat kemalangan iaitu 765 ekor, diikuti Perak (478), Kelantan (224), Terengganu (201), dan Negeri Sembilan (187).

Advertisement
“Kalau kita lihat spesies pula, seperti gajah mencatatkan lapan kematian iaitu seekor pada 2020, masing-masing dua ekor pada 2021 dan 2024, dan setakat tahun ini kita telah merekodkan tiga ekor (termasuk kematian anak gajah yang tular semalam).

“Harimau Malaya pun kita tengok ada sedikit peningkatan dengan 2020 hingga 2022 tiada kematian direkodkan tetapi pada 2023 merekodkan satu kematian manakala 2024 sebanyak tiga ekor dan setakat tahun ini ada seekor Harimau Malaya terlibat dengan kematian di atas jalan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Operasi Penguatkuasaan Kenderaan Bermotor di sini hari ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Semalam, tular di media sosial gambar dan video seekor anak gajah yang dilanggar terperosok di bawah sebuah lori kontena dan seekor gajah dewasa dipercayai ibunya sedang cuba mengalihkan lori tersebut bagi menyelamatkan anaknya.

Kejadian yang meruntun hati warga maya itu berlaku awal pagi semalam di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di Perak.

Advertisement
Nik Nazmi berkata kerajaan telah dan sedang mengambil pelbagai inisiatif bagi membendung masalah kematian haiwan liar termasuk gajah di atas jalan, antaranya menambah peruntukan kepada RM250 juta pada tahun ini bagi membolehkan kerajaan negeri terlibat meningkatkan kawasan hutan simpan.

Selain itu, beliau berkata kerajaan juga sedang berusaha mewujudkan lebih banyak santuari gajah termasuk di Johor, Pahang, Perak dan Terengganu.

Advertisement
Dalam perkembangan lain, Nik Nazmi berkata hingga Mac tahun ini sebanyak 90,024 kenderaan telah diperiksa menerusi Ops Gerak dan daripada jumlah itu 248 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Beliau berkata Ops Gerak dijalankan bagi mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap kenderaan bermotor, khususnya memastikan pematuhan standard pelepasan asap hitam, gas dan bunyi bising yang ditetapkan bagi membendung pencemaran udara.

“Pada operasi hari ini, 21 kenderaan telah diperiksa termasuk lori diesel, lori petrol, van petrol dan motosikal. Daripada jumlah itu hanya satu kenderaan diberikan notis kerana bunyi bising,” katanya yang turut memantau dan melakukan pensampelan kualiti bahan api khususnya diesel Euro 5 di stesen minyak berhampiran lokasi operasi.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai cuaca panas dan kering tidak menentu yang melanda negara ketika ini dan dijangka berterusan hingga pertengahan atau hujung Mei, Nik Nazmi berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai kementerian dan jabatan berkaitan untuk menyelaraskan segala tindakan.

Beliau juga berhasrat untuk mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatan dari ASEAN berkaitan pelbagai perkara termasuk cuaca panas serta perubahan iklim.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here