Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bella Astillah terima Anugerah Ikon Ibu Muda
Published on: Monday, May 12, 2025
Published on: Mon, May 12, 2025
By: Mohd Nazllie Zainul
Text Size:
Text:
Bella Astillah terima Anugerah Ikon Ibu Muda
BELLA ketika menerima Anugerah Ikon Ibu Muda sempena Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Ahad.
PENYANYI dan pelakon Bella Astillah menerima Anugerah Ikon Ibu Muda sempena Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Ahad.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabeela Awang Astillah, 31, menerima sijil penghargaan, selempang dan sejambak bunga yang disampaikan oleh isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah Toh Puan Faridah Tussin.

Advertisement
Penyerahan anugerah berkenaan turut disaksikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri dan isteri Ketua Menteri Sabah Datin Seri Juliah Salag.

Bella yang ditemui media sejurus acara menyatakan rasa syukur dan terharu dengan Anugerah Ikon Ibu Muda yang diberikan kepadanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
BELLA AstillahBagaimanapun penyanyi kelahiran Sandakan itu menyifatkan dirinya masih mempunyai banyak kekurang dan tidak sempurna sebagai seorang ibu mahupun anak.

“Bella sangat berbesar hati untuk menerima anugerah ini sebab percaya masih banyak kekurangan dan tidak sempurna sebagai seorang ibu.

Advertisement
“Namun dengan adanya penghargaan seperti ini sudah tentu Bella mahu buat yang lebih terbaik untuk keluarga terutamanya anak-anak.

“Anak-anak yang menyebabkan kita bergelar seorang ibu dan Bella sendiri masih ada ibu yang sentiasa bersama dan menemani Bella.

Advertisement
“Oleh itu sokongan keluarga memang memainkan peranan penting di dalam hidup Bella,” katanya.

Dalam pada itu diminta memberikan nasihat kepada ibu-ibu muda di luar sana ibu kepada dua cahaya mata berkenaan masih merasakan belum selayaknya berkongsi nasihat kerana beranggapan masih setahun janggung menjadi ibu.

Tetapi selaku antara ibu muda Bella berpendapat perhatian sewajarnya perlu diberikan kepada anak-anak khususnya anak yang dalam proses pembesaran.

“Apa yang mereka perlukan adalah kasih sayang kita dan macam Bella tanggungjawab itu lebih besar kerana memikul peranan ibu dan bapa dalam masa sama.

“Bella mengutamakan masa kerana pada anak-anak beranggapan kewangan itu bukanlah keutmaan kerana pada usia kecil ketika ini mereka perlukan ‘bonding time’ sebab itulah masa begitu amat berharga. 

“Apabila mengutamakan anak-anak walaupun Bella sibuk mencari rezeki tetapi mereka nampak kesungguhan ibu mereka untuk meluangkan masa bersama.

“Kepada ibu muda di luar sana kita mampu memberikan yang terbaik. Tidak kisah tentang umur kita harus sentiasa jalan ke depan dan jangan terlalu memikirkan apa yang akan terjadi kerana itu bukan urusan kita sebagai hambaNya.

“Kita hanya melalui proses ini dengan tawakal dan berlapang dada manakala selebihnya serahkan kepada Allah SWT.

“Bersyukur dengan setiap apa yang dimiliki. Itu adalah kunci utama,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here