Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
RM26.3 juta untuk usahawan SDSI di bawah RMK-12
Published on: Monday, May 12, 2025
Published on: Mon, May 12, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
RM26.3 juta untuk usahawan SDSI di bawah RMK-12
EWON (tengah) merakamkan gambar bersama penerima geran dan pinjaman di bawah Agensi Kuskop.
TAWAU: Kerajaan menyediakan peruntukkan sebanyak RM26.3 juta untuk usahawan Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dari 2021 hingga 2025.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) Datuk Ewon Benedict berkata, melihat kepada pencapaian tersebut, Kuskop akan terus menyokong pelaksanaan program SDSI.

Advertisement
Menurutnya, Kuskop turut mengemukakan permohonan peruntukkan pembangunan bagi meneruskan pelaksanaan program SDSI di bawah RMK-13 untuk tempoh 2026 - 2030. 

Beliau berharap permohonan itu diberikan pertimbangan yang sewajarnya daripada Kementerian Ekonomi untuk kelangsungan program komuniti di bawah SDSI.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Showcase SDSI Wilayah Borneo Tahun 2025 sempena Program Madani Rakyat (PMR) 2025 Negeri Sabah di Dataran Majlis Perbandaran Tawau (MPT) di sini, pada Sabtu.

Pada majlis itu, Ewon turut merasmikan peluncuran pelaksanaan Garis Panduan Program SDSI 2.0 bertujuan untuk memperkemaskan lagi gerak kerja pembangunan SDSI di seluruh negara.

Advertisement
Beliau turut menyampaikan cek cura geran pembiayaan di bawah Fasa 3: Pembangunan Industri SDSI berjumlah RM1,500,000 yang bakal memberi manfaat kepada tujuh industri yang akan dibangunkan oleh Kuskop dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) pada 2025.

Selain itu, beliau juga menyampaikan bantuan pembiayaan menerusi geran dan pinjaman di bawah Agensi Kuskop dengan nilai pembiayaan keseluruhan berjumlah RM31.75 juta.

Advertisement
Ewon berkata, rekod menunjukkan 90 peratus usahawan yang mengikuti program SDSI berjaya meningkatkan jualan melebihi 20 peratus.

“Sebagai contoh, Koperasi Desa Gedok Gemenceh yang mengusahakan industri rendang maman di Negeri Sembilan berjaya mencatatkan peningkatan jumlah jualan kepada 77.80 peratus dan seterusnya meningkatkan pendapatan kepada 77.83 peratus yang merupakan satu kejayaan membanggakan,” katanya.

Di Sabah pula, katanya, antara usahawan SDSI yang boleh dijadikan contoh ialah industri Sarang Burung Walit yang diusahakan oleh Koperasi Kumpulan Walit Kanibongan Berhad (Kokuwa). 

Katanya, pada 2023, industri berkenaan menunjukkan peningkatan purata jualan tahunan sebanyak 33.4 peratus daripada RM102,690 kepada RM137,016.

Tambahnya, dari segi usahawan pula, sehingga 2024, terdapat seramai 138 usahawan SDSI di Sabah.

Sementara itu, katanya, Showcase SDSI Wilayah Borneo Tahun 2025 melibatkan 158 usahawan yang dijemput iaitu sembilan pengusaha trak makanan, 24 usahawan Selera Bawah Bayu yang menyediakan masakan panas dan 120 usahawan SDSI.

Katanya, selain aktiviti jualan, sesi padanan perniagaan iaitu Padaniaga dan sesi pembiayaan usahawan atau Biaya Usahawan turut diadakan masing-masing melibatkan 10 peneraju. 

“Secara keseluruhannya, Kuskop mensasarkan jumlah jualan tunai sebanyak sekurang-kurangnya RM300,000 dan RM1 juta potensi padanan perniagaan sepanjang pelaksanaan Showcase SDSI ini berlangsung,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here