Kota Kinabalu: Kristjan Chapman dari Iceland dan Hansnita Asis yang berpangkalan di Tawau merangkul kejuaraan terbuka sejauh 42km pada Marathon Antarabangsa Borneo Alliance Bank tahun ini yang diadakan di sini pada Ahad.
Kristjan merangkul mahkota lelaki dengan masa dua jam 56 minit dan 25 saat di hadapan Mohd Ikmal Sahdan (2:57:24) dan Muhd Amirul Oswald Maikol (3:00:39).
Hasnita yang sekadar menduduki tempat keempat tahun lalu dan hanya menyasarkan masa bawah-empat jam sebelum permulaan adalah yang pertama melepasi garisan dalam kategori wanita dalam masa tiga jam 49 minit dan 10 saat dengan tempat kedua dan ketiga disandang Ririko Nishiki (3:56:53) dan Wenjing Li (4:05:17).
Dalam kategori veteran, Yoshiyuki Ono berjaya mempertahankan gelaran lelaki dengan masa pantas dua jam 52 minit dan 44 saat diikuti Milton Amat (2:56:35) dan Tivel Peter (3:00:40) manakala Jimmy Chai Ping Guan (3:01:31) merangkul gelaran super veteran lelaki diikuti Mohd Rashid Rahim (3:16.58) dan Kuang Ek Kho (3:19.38) masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Gelaran veteran wanita dimenangi oleh Siok Chin Lee (3:18:38) diikuti oleh Li Min Hon (3:35:29) dan Duo Qun Xiang (3:52:50), dan gelaran veteran senior dimenangi Bee Hong Ewe (3:32:46 dan di tempat kedua ialah Jessy Fung (3:40:11) ketiga: Mimi Yong (3:56:11).
Tiga lagi pemenang teratas ialah Ruzaini Mahadi, Najib Mooiz, Romieo Mieo (21km lelaki terbuka); Yusop Tungkob , Satoshi Koshida, Duanis Indam (21km lelaki senior terbuka); Sefli Ahar , Mohd Sukri Alek Jefferi, Manan Abdullah (21km veteran lelaki); Shing Ling Goh, Shu Ting Lee, Siat Nyuk Bong (21km wanita terbuka); Wong Lee Ping, Gaik Bee Chuah, Kim Lian Lee (veteran senior wanita 21km); Selfiah Swunto, Hsin Yi Wu, Michelle Idrawatty (veteran wanita 21km).
Pemenang lain ialah Azlan Kuste, Chang Hng Wu, Wen Qiang Koh (10km lelaki terbuka); Simon Gelasius Judjil , Muhd Asdi Weding Asdi Weding, Azizan Ayub (10km lelaki veteran); Benoit Alvine, Irfan Affandi, Henky Helerrio Gamba (10km lelaki junior); Siti Nur Amirah A Zaini, Sonia Koh, Salviana Julian Alfeus Yahsu (10km wanita terbuka ); Boon Cheng Yeap, En Chyi Fong, Cheong Yee San (veteran wanita 10km); Shannon Liaw, Cassey Rynn Rompog, Mischa Meng Yan Chan (10km wanita junior).
Lebih 8,000 pelari mengambil bahagian dalam perlumbaan tahun ini anjuran Kinabalu Running Club (KRC) dengan Alliance Bank Berhad sebagai rakan kongsi utama dan hadiah utama disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Alliance Bank, Kellee Kam Chee Khiong.