Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Anwar optimis kerjasama tiga hala
Published on: Monday, May 12, 2025
Published on: Mon, May 12, 2025
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Anwar optimis kerjasama tiga hala
ANWAR sempat bergurau dengan Hajiji (kiri) sebelum menaiki pesawat selepas Perasmian Penutupan Program Madani Rakyat 2025 di Lapangan Terbang Tawau, Ahad. – fotoBERNAMA
TAWAU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis kerjasama Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) dapat diwujudkan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17.

Bagaimanapun, Presiden PH terbabit berkata beliau hanya boleh bercakap mewakili PH dan menyerahkan perbincangan lanjut mengenai prospek kerjasama itu kepada BN dan GRS.

Advertisement
“Saya lihat sikap Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang sangat positif, pada masa sama kita sudah berbincang dengan BN,” katanya, pada sidang media di Lapangan Terbang Tawau, di sini, pada Ahad.

Anwar berkata urusan selanjutnya berkaitan bentuk kerjasama yang akan dibentuk pada PRN terpulang kepada hasil perbincangan yang akan diadakan antara kepimpinan GRS dan BN.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mengulas lanjut, beliau berkata kedatangannya ke Sabah pada kali ini juga untuk berbincang dengan Hajiji berhubung lanjutan kerjasama yang boleh dibentuk antara PH dan GRS.

“Saya maklumkan (kepada Hajiji) tentang perbincangan awal yang diadakan antara PH dan BN di Kuala Lumpur (untuk menghadapi PRN Sabah) iaitu kita harus ada kesepakatan bersama.

Advertisement
“Tadi saya bincang dengan Ketua Menteri bagaimana boleh melanjutkan kerjasama PH dan GRS kerana keputusan yang dibuat di Sabah akan menentukan haluan PH khasnya PH Sabah,” katanya.

Menurutnya, PH setuju dengan kepimpinan Ketua Menteri lebih-lebih lagi ke arah memastikan Sabah mempunyai Kerajaan Negeri yang stabil dan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.

Advertisement
Pada masa sama, beliau turut bersetuju dengan pendapat Hajiji bahawa kerjasama melalui gerak kerja yang lebih kuat antara PH dan GRS perlu diwujudkan khususnya menghadapi PRN.

Hajiji yang ditanya reaksinya berhubung kesediaan PH membuka pintu kepada GRS untuk bergabung pada PRN kali ini (termasuk BN) berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu sebelum memberikan kenyataan lanjut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here