Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Badan penerbangan PBB putuskan Rusia tembak jatuh MH17
Published on: Tuesday, May 13, 2025
Published on: Tue, May 13, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Badan penerbangan PBB putuskan Rusia tembak jatuh MH17
Penerbangan Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine ketika pertempuran antara pemisah pro-Rusia dan tentera Ukraine pada 17 Julai 2014. (Gambar Bernama)
Kuala Lumpur: Majlis penerbangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin memutuskan Rusia bertanggungjawab atas insiden pesawat Malaysia ditembak jatuh di ruang udara Ukraine yang mengorbankan semua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 196 warga Belanda serta 38 warga atau penduduk Australia, menurut kenyataan berasingan kerajaan Belanda dan Australia, lapor Reuters.

Menurut laporan itu, kedua-dua kerajaan memaklumkan Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) akan mempertimbangkan bentuk pampasan sesuai dalam beberapa minggu akan datang.

Advertisement
Penerbangan Malaysia Airlines MH17, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014, ditembak jatuh di timur Ukraine ketika pertempuran antara pemisah pro-Rusia dan tentera Ukraine.

Pada November 2022, laporan itu menyebut mahkamah Belanda mensabitkan dua warga Rusia dan seorang warga Ukraine atas kesalahan membunuh secara “in absentia” atas peranan mereka dalam serangan berkenaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Moscow menyifatkan keputusan itu “skandal” dan tidak akan mengekstradisi warganya, menurut laporan tersebut.

Reuters melaporkan kes itu difailkan Australia dan Belanda pada 2022.

Advertisement
“Keputusan ini langkah penting ke arah mencari kebenaran serta mencapai keadilan dan akauntabiliti bagi semua mangsa MH17 serta keluarga dan orang tersayang mereka,” kata Menteri Luar Belanda, Caspar Veldkamp.

“Keputusan ini juga menghantar mesej jelas kepada masyarakat antarabangsa: sesebuah negara tidak boleh melanggar undang-undang antarabangsa tanpa dikenakan tindakan.”

Advertisement
Katanya, Belanda dan Australia mahu Majlis ICAO mengarahkan Rusia memulakan rundingan pampasan.

Menteri Luar Australia, Penny Wong pula dilaporkan mengalu-alukan keputusan itu dan menggesa ICAO bertindak segera menentukan bentuk pampasan sesuai.

“Kami menggesa Rusia mengakui tanggungjawabnya terhadap tindakan keganasan dahsyat ini dan membayar pampasan atas salah laku berat dilakukan, seperti dituntut undang-undang antarabangsa.”

ICAO tiada kuasa perundangan, tetapi mempunyai pengaruh moral dan menetapkan piawaian penerbangan global yang diguna pakai sebahagian besar 193 negara anggotanya, menurut laporan tersebut.

Bernama sedang menghubungi Malaysia Airlines untuk mendapatkan maklum balas.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here