Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Bekas menteri pertahan Zahid kritik sentimen ‘Sabah untuk orang Sabah’
Published on: Tuesday, May 13, 2025
Published on: Tue, May 13, 2025
By: FMT Reporters
Text Size:
Text:
Bekas menteri pertahan Zahid kritik sentimen ‘Sabah untuk orang Sabah’
Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim berkata pemimpin mesti melihat isu sebagai sebuah negara dan rakyat.
PETALING JAYA: Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim mempertahankan Zahid Hamidi selepas Timbalan Ketua Menteri Sabah Jeffrey Kitingan mengecam pengerusi Barisan Nasional itu kerana mengkritik sentimen ‘Sabah untuk orang Sabah’.

Zaid berkata reaksi Kitingan adalah sifat tipikal pemimpin Sabah yang mengambil sebarang peluang untuk memburukkan pemimpin pusat atas kegagalan mereka sendiri, terutama menjelang pilihan raya.

Advertisement
“Kemiskinan dan kekurangan kemajuan Sabah sebahagian besarnya disebabkan oleh pemimpin yang dipilih, yang mengutamakan diri mereka sendiri, meninggalkan rakyat di belakang.

“Siapa yang menguruskan Yayasan Sabah? Siapa ketua menteri selama ini? (Adakah mereka) dari Semenanjung?” katanya dalam catatan di X.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kitingan telah membidas Zahid kerana menyifatkan slogan ‘Sabah untuk orang Sabah’ sebagai memecahbelahkan.

Beliau berkata rakyat Sabah tidak memerlukan kebenaran atau pengesahan pemimpin pusat untuk menegaskan apa yang menjadi hak mereka, dan Sabah tidak pernah dimaksudkan untuk menjadi negeri bawahan tetapi rakan kongsi sama dengan Sarawak dan Malaya dalam persekutuan Malaysia.

Advertisement
Beliau juga memberi amaran tentang kemungkinan Sabah akan meninggalkan persekutuan, berkata ia akhirnya terpulang kepada rakyat Sabah.

Zahid telah mengkritik sentimen ‘Sabah untuk orang Sabah’ sebagai memecahbelahkan dan tidak produktif, dengan berkata mengekalkan hubungan rapat dengan kerajaan persekutuan adalah kunci kepada kemakmuran dan pembangunan negeri.

Advertisement
Zaid menyokong kenyataan Zahid dengan berkata pemimpin mesti melihat isu sebagai sebuah negara dan rakyat.

“Menimbulkan ketakutan Sabah meninggalkan persekutuan apabila mereka tidak berpuas hati dengan sesuatu atau pemimpin persekutuan tidak membimbangkan sesiapa. Ke mana Sabah boleh pergi?

“Negara kita tidak akan maju jika tidak menghilangkan rasa taksub kepada kaum, agama, dan kenegerian,” kata bekas Ahli Parlimen Kota Bharu itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here