Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘GRS gerak solo atau tidak, sokong dan akur keputusan’
Published on: Tuesday, May 13, 2025
Published on: Tue, May 13, 2025
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:
Text:
‘GRS gerak solo atau tidak, sokong dan akur keputusan’
BEN (tengah) usai majlis persidangan cawangan PGRS Tanjong Kapor di Taman Ehsan, Kudat.
KUDAT: Bahang pilihan raya negeri ke-17 (PRN17) kian terasa selain strategi pimpinan pelbagai parti tidak menggoyah keyakinan akar umbi terhadap pucuk pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), tegas Adun Tanjong Kapor Datuk Ben Chong.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Tanjong Kapor itu berkata, sama ada solo atau tidak, sebagai wakil rakyat di bawah pucuk pimpinan presiden parti, sokong dan akur adalah jalan terbaik.

Advertisement
“Berkenaan tanding solo, saya rasa apa juga keputusan yang diputuskan oleh Ketua Menteri, kita akur sahaja, kerana bagi saya, di akar umbi, solo kita boleh, tidak solo pun kita boleh,” katanya.

Ben menegaskan seluruh ahli PGRS dan GRS, khususnya DUN Tanjong Kapor sentiasa berada di belakang pucuk pimpinan Hajiji, di mana segala keputusan yang dibuat oleh beliau selaku Ketua Menteri, harus diberi sokongan penuh.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ben berkata demikian pada majlis persidangan cawangan-cawangan PGRS DUN Tanjong Kapor 2025 dekat sini, Ahad lepas.

Menurutnya, sepanjang persidangan di beberapa lokasi berasingan membabitkan lebih 100 cawangan, kehadiran ahli sangat memuaskan dan jika berdasarkan komitmen ahli sahaja, beliau yakin GRS mampu mempertahankan kerusi Tanjong Kapor pada PRN akan datang.

Advertisement
Dalam pada itu, Ben berpendapat pihak pembangkang apatah lagi parti bebas tidak akan menjadi kerajaan. 

“Saya bertahan dua tahun enam bulan sebagai wakil rakyat pembangkang. Saya tahu peritnya rakyat tanpa pertolongan. Oleh itu saya rela digelar katak oleh penyokong Warisan, daripada sedih melihat rakyat saya tanpa pembelaan dan bantuan khususnya daripada kerajaan.

Advertisement
“Berkenaan penyokong yang saya bawa dari Warisan, sememangnya agak ramai, ditambah dengan penyokong-penyokong asal dari GRS. Jadi, saya rasa, untuk GRS mencapai kemenangan dalam PRN17 tidak menjadi masalah untuk dikekalkan tanpa mengira siapapun calon yang diputuskan nanti,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here