Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Langkah Kinabalu’ sukarkan rundingan BN-GRS: NGO
Published on: Tuesday, May 13, 2025
Published on: Tue, May 13, 2025
Text Size:
Text:
‘Langkah Kinabalu’ sukarkan rundingan BN-GRS: NGO
Zulkarnain merujuk cubaan rampasan kuasa didakwa digerakkan Bung dan Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal pada Januari 2023 menerusi ‘Langkah Kinabalu’.
Kota Kinabalu: Pengkhianatan Umno untuk menjatuhkan kerajaan Sabah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor dua tahun lalu mungkin menyukarkan rundingan kerusi, jika wujud kerjasama antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN), kata seorang pemimpin NGO.

Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat (G57), Zulkarnain Mahdar, berkata keadaan itu menyebabkan sukar untuk mengelakkan kedua-duanya bertembung walaupun kedua-duanya bersama Pakatan Harapan (PH) pada PRN Sabah seperti diharapkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Advertisement
“Kesan luka pengkhianatan oleh Umno dan serangan berterusan terhadap GRS akan menyukarkan rundingan, masalah lebih parah sekiranya (Datuk Seri) Bung Moktar Radin mengetuai Umno Sabah. Keputusan konkrit pembahagian kerusi antara GRS dan BN akan sukar dicapai.

“Asas penubuhan kerajaan Sabah hari ini terbina oleh dua gabungan parti iaitu GRS-PH dan sudah tentu dari segi persefahaman keduanya tidak mempunyai masalah besar,” katanya dalam kenyataan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Zulkarnain merujuk cubaan rampasan kuasa didakwa digerakkan Bung dan Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal pada Januari 2023 menerusi ‘Langkah Kinabalu’.

“PH telah tampil menyelamatkan kerajaan yang ada pada hari ini dan jika diukur dari segi jasa tanpa PH sudah tentu GRS ketika ini akan duduk di kerusi pembangkang,” katanya.

Advertisement
Dakwanya, selepas hanya kurang dua tahun kekuatan GRS telah meresap ke akar umbi dan dapatan beberapa badan bebas dan penganalisis politik juga menunjukkan gabungan parti dipimpin Hajiji menerima sokongan majoriti rakyat Sabah.

“Ironinya BN, khususnya Umno sebenarnya semakin hilang sokongan.

Advertisement
“Walaupun kelak pertembungan kerusi antara GRS dan BN, namun ia boleh dilihat hanyalah sebagai pertandingan persahabatan memandangkan di peringkat persekutuan keduanya dalam satu pasukan,” katanya.

Jumaat lalu, Sekretariat Kerajaan Perpaduan mengumumkan kerjasama PH-BN manakala Hajiji dalam kenyataan susulannya tidak menolak kemungkinan GRS bertanding solo.

Ahad lepas, Anwar berkata beliau mahu kerjasama menjelang PRN Sabah turut melibatkan GRS bersama PH dan BN.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here