Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pelbagai sumbangan untuk warga Tawau
Published on: Tuesday, May 13, 2025
Published on: Tue, May 13, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Pelbagai sumbangan untuk warga Tawau
HAJIJI menyampaikan replika kunci Rumah Mesra SMJ kepada salah seorang penerima pada majlis itu.
TAWAU: Seramai 234 penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat (Syukur) dan 100 usahawan muda luar bandar yang terpilih menyertai Program Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (Ikrar) bagi kawasan DUN Balung diraikan pada Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat, di sini pada Ahad.

Majlis yang dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor itu berlangsung meriah di Dewan Terbuka Taman Sri Balung.

Advertisement
Program tersebut diadakan sebagai tanda kesyukuran atas kejayaan pelaksanaan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri selaras Hala Tuju Sabah Maju Jaya (Pelan Pembangunan SMJ 1.0: 2021-2025).

Sebagai rekod, Ikrar menyasarkan 5,000 peniaga muda luar bandar menerusi program outreach Ketua Menteri bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan usahawan muda, yang menyaksikan 100 usahawan muda terpilih bagi DUN Balung.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Manakala, penerima Syukur dari Balung adalah seramai 665, termasuk 234 yang hadir pada majlis berkenaan.

Sempena majlis itu juga, Hajiji menyampaikan pelbagai sumbangan kepada penerimanya iaitu sumbangan khas berbentuk tiga unit van jenazah masing-masing kepada Masjid Al-Ansar, Masjid Sri Ranggu dan Masjid Nurul Huda.

Advertisement
Turut menerima sumbangan ialah Hab Pemulihan Taman Didikan Kanak-Kanan Kurang Upaya Sri Stella sebanyak RM1 juta dan sumbangan Koridor Respiratori Pantai Timur, Hospital Tawau (RM500,000).

Beliau juga menyempurnakan penyerahan kunci Rumah Mesra SMJ kepada 10 penerima dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung pada majlis sama.

Advertisement
Dalam pada itu, Kerajaan Negeri komited dalam terus merangka dan melaksanakan pelbagai program berimpak tinggi, mampan dan inklusif yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Keywords:
Sabah Maju Jaya
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here