ISNIZA Kadir dinobatkan sebagai juara pertandingan nyayian Sugandoi Kaamatan daerah Sipitang baru-baru ini.
Gelaran itu membolehkannya membawa pulang wang tunai RM1,500 dan trofi.
Naib johan dimiliki Sonia Jequlina Roum sekali gus membawa pulang RM1,000 dan trofi manakala Donovan Andreey Damianus di tempat ketiga menerima RM500 berserta trofi.
Sementara itu juara Sugandoi Dazanak Kaamatan Sipitang 2025 dimenangi Qaisyah Khairunnisa Syahlil.
Berlangsung di Dewan Serbaguna Sipitang Qaisyah menerima wang tunai RM800 dan piala iringan.
Tempat kedua dimenangi Aghna menerima RM500 manakala Nuradwiyah Syafiqqa menduduki tempat ketiga menerima RM300.
Isniza Kadir dan Qaisyah Khairunnisa Syahlil akan mewakili Sipitang untuk Sugandoi Kaamatan Negeri.