VERONICA Juanis dinobatkan sebagai juara pertandingan nyanyian Sugandoi Kaamatan Tuaran yang berlangsung baru-baru ini.
Bertempat di Dewan Sri Sulaman, Tuaran veronica membawa pulang wang tunai RM2,000 dan sebuah trofi manakala Keyrolina Roger serta Joshua Eleazar Jalani masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga dengan memenangi hadiah wang tunai RM1,500 dan RM1,000.
Dalam kategori Songkotoun (veteran) Hillary Petrus muncul sebagai juara diikuti oleh Nuramah @ Doreen Watuna dan Clarice Nian Manja di tempat kedua dan ketiga.
Katelyn Aezell Fryenly mendahului kategori Dazanak (kanak-kanak/junior) manakala Nur Arisha Natasha Danius dan Eidven Jay Jackles masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.
Kesemua pemenang tiga teratas dalam setiap kategori akan mewakili Tuaran, Tamparuli, dan Kiulu dalam pertandingan Sugandoi Kaamatan peringkat negeri.