Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Jambatan kayu Kampung Sembulan diganti
Published on: Wednesday, May 14, 2025
Published on: Wed, May 14, 2025
Text Size:
Text:
Jambatan kayu Kampung Sembulan diganti
LIEW memeriksa keadaan jambatan kayu baru yang siap dibina di Kg Sembulan.
Kota Kinabalu: Penduduk di sepanjang Jalan Sembulan Baru/Lama di Kg Sembulan mengucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Api-Api, Datuk Seri Christina Liew kerana menggantikan jambatan kayu lama sepanjang 220 kaki yang rosak di kampung tersebut dengan yang baharu.

“Terima kasih, YB,” kata mereka semasa lawatan Liew untuk memeriksa jambatan baharu yang baru siap serta meninjau infrastruktur lain yang uzur pada Isnin.

Advertisement
Menurut Penyelaras Utama Kg Sembulan bagi Kawasan Api-Api, Muhammaad Faizelee Sabli, beberapa pihak sebelum datang ke kampung dan mengambil ukuran jambatan yang usang itu untuk kerja-kerja pembaikan, namun tiada tindakan susulan.

“Saya gembira kerana penduduk kampung telah membina jambatan baharu dengan semangat gotong-royong. Sebelum itu, Pemimpin Pembangunan Komuniti Api-Api yang baharu (Theresa Chong Mui Lan) telah memeriksa jambatan rosak tersebut dan membuat laporan kepada saya untuk tindakan lanjut.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kami akan meneliti keperluan lain penduduk dari semasa ke semasa,” kata Liew yang turut ditemani oleh Chong.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here