Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Persiapan Kota Kinabalu hadapi aksi kelayakan Saga lancar 
Published on: Wednesday, May 14, 2025
Published on: Wed, May 14, 2025
Text Size:
Text:
Persiapan Kota Kinabalu hadapi aksi kelayakan Saga lancar 
Rosly berkata mereka akan lebih menekankan kepada aspek kecergasan dan kombinasi pemain dalam tempoh tiga minggu akan datang.
Kota Kinabalu: Pasukan Kota Kinabalu menunjukkan perkembangan baik dalam persiapan menghadapi perlawanan kela–yakan Sukan Sabah (Saga) yang dija–dualkan awal bulan depan.

Ketua jurulatih Rosly Jamal berkata mereka akan lebih menekankan kepada aspek kecergasan dan kombinasi pemain dalam tempoh tiga minggu akan datang.

Advertisement
“Persediaan kami berjalan lancar pada masa ini. Tiada kebimbangan mengenai kecederaan dan kami akan mengatur beberapa perlawanan persahabatan sebelum memuktamadkan pasukan menjelang saingan kelayakan bulan depan,” katanya pada Isnin.

Sementara itu, Nuhafiza Badar telah dilantik sebagai pengurus pasukan. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Rosly yang akan dibantu oleh Ismail Tudiki dan bekas pemain Sabah Sabri Sahar turut mengucapkan terima kasih kepada Safa Bandaraya memberi kepercayaan kepadanya sebagai ketua jurulatih.

“Bagi saya ia satu cabaran besar, tetapi dengan sokongan daripada Ismail dan Sabri, kami akan cuba melakukan yang terbaik demi Kota Kinabalu,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here