Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Star: Pemimpin Semenanjung tidak layak ajar tentang perpaduan
Published on: Thursday, May 15, 2025
Published on: Thu, May 15, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Star: Pemimpin Semenanjung tidak layak ajar tentang perpaduan
Katanya, mungkin terdapat kebimbangan Sabah akan menjadi seperti Sarawak.
TAMPARULI: Pemimpin Malaya juga tidak layak untuk mengajar rakyat Sabah tentang perpaduan kerana perpaduan di Sabah jauh lebih baik berbanding di Semenanjung, kata Ketua Star Tamparuli, John Jinitoh Sontori.

Beliau berkata kenyataan Presiden Umno merangkap Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Zahid Hamidi, bahawa slogan “Sabah For Sabahans” bersifat memecahbelahkan, mencerminkan keangkuhannya.

Advertisement
Katanya, mungkin terdapat kebimbangan Sabah akan menjadi seperti Sarawak.

“Kita lihat dalam data ekonomi terkini, Sarawak menjadi negeri berpendapatan tertinggi di Malaysia selama tiga tahun berturut-turut sejak 2022. Pendapatan Sarawak meningkat sebanyak 65 peratus berbanding 2018 ketika mereka masih dalam BN.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ini merupakan kesan selepas Sarawak mengisytiharkan slogan ‘Sarawak For Sarawakians’,” katanya.

Dalam Pilihan Raya Kecil Kimanis sebelum ini, Zahid pernah berjanji untuk melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sepenuhnya. Namun sehingga kini masih belum dilaksanakan, dan sekiranya ia dilaksanakan sekali pun, ia pasti bukan hasil usahanya.

Advertisement
“Pelbagai janji lain turut dibuat seperti janji ‘New Sabah 100 Hari’, jambatan Labuan, janji menurunkan harga minyak dan sebagainya.

“Rakyat Sabah tidak akan melupakan mana-mana pemimpin yang menipu rakyat Sabah selama lebih 30 tahun.

Advertisement
“Oleh itu, pemimpin Semenanjung bukan saja tidak layak untuk mengajar rakyat Sabah mengenai perpaduan, tetapi pemimpin parti dari Semenanjung juga tidak sesuai untuk memimpin Sabah,” tegasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here