Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Lelaki, 62, pandu cuai dan tak bertimbang rasa didenda RM5,500
Published on: Thursday, May 15, 2025
Published on: Thu, May 15, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki, 62, pandu cuai dan tak bertimbang rasa didenda RM5,500
Pertuduhan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Pindaan 1999) itu memperuntukkan denda antara RM5,000 hingga RM10,000 dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 12 bulan jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 62 tahun didenda RM5,500 atau tujuh bulan penjara oleh Mahkamah Trafik di sini pada Rabu kerana memandu secara cuai dan tidak bertimbang rasa, tahun lalu.

Hamzah Awat mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas pertuduhan memandu sebuah Proton Wira tanpa mengambil kira keselamatan dan perhatian terhadap pengguna jalan raya lain, di Jalan Kota Kinabalu – Papar, dekat lampu isyarat Klinik Putatan, Penampang, pada 16 November 2024, jam 10.30 malam.

Advertisement
Pertuduhan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Pindaan 1999) itu memperuntukkan denda antara RM5,000 hingga RM10,000 dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 12 bulan jika sabit kesalahan.

Fakta kes yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan menyatakan bahawa pada hari kejadian, Hamzah sedang memandu dari Cybercity menuju ke Taman Pasir Putih, Putatan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ketika dia membuat pusingan U di simpang dekat Klinik Putatan, sebuah motosikal yang ditunggang mangsa, yang datang dari arah kiri jalan secara lurus, tiba-tiba melanggar bahagian hadapan kiri kenderaan Hamzah.  Siasatan mendapati Hamzah keluar dari simpang itu tanpa memberi laluan kepada mangsa yang sedang bergerak lurus di jalan utama.

Akibat kemalangan itu, mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk rawatan lanjut dan disahkan mengalami kecederaan serius termasuk tulang pelvis retak, kecederaan pada pundi kencing dan kepala, serta patah lengan kanan.

Advertisement
Siasatan lanjut mendapati Hamzah memandu tanpa mengambil kira keselamatan dan pertimbangan sewajarnya.

Pegawai Pendakwa Trafik Inspektor Amrin Mohamad Arif mengendalikan pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here