Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tujuh didakwa tawar pinjaman tak wujud
Published on: Thursday, May 15, 2025
Published on: Thu, May 15, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Tujuh didakwa tawar pinjaman tak wujud
Mereka didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 120B(1) kerana konspirasi jenayah dan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda, jika didapati bersalah.
Kota Kinabalu: Lima lelaki dan dua wanita didakwa atas pertuduhan konspirasi jenayah apabila mereka didakwa terlibat dalam penipuan dengan menawarkan pinjaman melalui panggilan telefon yang sebenarnya tidak wujud.

Mereka ialah Mohd Kamal Jalali, 32, Abdul Zaini Salun, 32, Edgar Quisol, 38, Hasmir Han Abdul Ghazir, 19, Iskandar Harun, 32, Eriana Faizal, 27, dan Yuni Ordanza Eduardo, 18.

Advertisement
Kesemua mereka mengaku tidak bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka pada Rabu.

Tujuh orang itu didakwa terlibat dalam konspirasi jenayah apabila mereka bersetuju sesama sendiri untuk melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang dengan menawarkan pinjaman yang tidak wujud melalui panggilan telefon.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu jam 11.40 pagi, 2 Mei tahun ini di sebuah unit kondominium di Kingfisher Inanam, Jalan Kionsom Inanam, di sini. 

Mereka didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 120B(1) kerana konspirasi jenayah dan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda, jika didapati bersalah.

Advertisement
Mahkamah menetapkan 18 Jun tahun ini untuk pengurusan kes pra-perbicaraan dan 29 dan 30 September serta 1 hingga 3 Oktober tahun ini untuk perbicaraan.

Mereka dibebaskan dengan jaminan RM15,000 dengan dua penjamin tempatan kecuali Eriana dan Yuni yang tidak mempunyai dokumen.

Advertisement
Hasmir diperintahkan membayar deposit jaminan RM5,000 manakala yang lain membayar deposit RM8,000.

Mahkamah juga menetapkan syarat tambahan iaitu melaporkan diri ke balai polis berhampiran dua kali sebulan.

Eriana dan Yuni diperintahkan untuk direman lanjut sementara menunggu penyelesaian kes mereka.

Mahkamah dimaklumkan bahawa pihak pendakwaan akan memanggil kira-kira 13 saksi semasa perbicaraan.

Peguam Nigel Neong Kaning mewakili Abdul Zaini manakala yang lain diwakili oleh peguam Luke Ressa Balang.

Timbalan Pendakwa Raya Eugenie A. Gilbert tampil untuk pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here