Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah kekalkan kejuaraan Olahraga Pekak Kebangsaan
Published on: Thursday, May 15, 2025
Published on: Thu, May 15, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Sabah kekalkan kejuaraan Olahraga Pekak Kebangsaan
SPENCER (berdiri keenam kiri) bersama atlet dan pegawai.
Kota Kinabalu: Atlet pekak Sabah berjaya mempertahankan kejuaraan keseluruhan dalam Kejohanan Olahraga Pekak Kebangsaan yang berlangsung di Stadium Bandaraya Pulau Pinang hujung minggu lalu.

Mereka membawa pulang 11 pingat emas, tiga perak dan dua gangsa untuk mengungguli kedudukan pingat buat kali kedua berikutan kejayaan sulung mereka tahun lalu di mana mereka mengumpul lapan emas, tujuh perak dan lima gangsa.

Advertisement
Pemenang pingat emas ialah Steffy Stacy Lakim (100m, 200m, lompat jauh), Daniel Allex Bobay Alex (200m, 400m, lompat jauh), Elvinsoon Tiono Tinus (cakera, lontar peluru ), 4 x 400m lelaki (Daniel Allex, Ali Uwais Redzuan, Ai Alasanystekim, Azlansystekim); 4 x 100 campuran ( J. Walddren J. Oswald, Ali Uwais Redzuan, Steffy Stacy Lakim, Atasya Faqeha Juakim); 4 x 400 campuran (Azlan Kuster, Atasya Faqeha Juakim, Aidil Asyraff Juakim, Steffy Stacy Lakim).

Pingat perak disumbangkan oleh Elvinsoon Tiono Tinus (lontar lembing), 4x100m wanita berpasukan (Neovatte Jospely, Steffy Stacy Lakim, Atasya Faqeha Juakim, Elsie Elissa Noraimin) dan 4x100m lelaki berpasukan (Aidil Asyraff Juakim, J. Os Walddren, Daniel Allan, J. pingat gangsa diperoleh daripada Atasya Faqeha Juakim (400m), 4x400m wanita (Neovatte Jospely, Elsie Elissa Noraimin, Leona Simon, Pyster Yvone Rony).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sabah diwakili 12 atlet diketuai jurulatih Mario Ocado Pajarillo dengan Juiren Elip dan Fakhrul Nazri sebagai pegawai.

Presiden Persatuan Sukan Pekak Sabah Spencer Soo Kok Heng ketika dihubungi pada Selasa mengucapkan tahniah kepada kontinjen atas kejayaan mempertahankan gelaran mereka.

Advertisement
Spencer menggesa para atlet untuk membina momentum dan memberi tumpuan kepada Sopma XXII Sarawak yang akan datang pada Oktober tahun ini.

Tambahnya, berikutan pencapaian memberangsangkan mereka, Azlan Kuste, Ali Uwais, Elvinsoon Tiono, Steffy Stacy, Aidil Asyraff dan Atasya Faqeha telah dipilih mewakili negara pada Sukan Pekak SEA ke-2 yang akan berlangsung di Indonesia hujung tahun ini.

Advertisement
Spencer juga berterima kasih kepada Majlis Sukan Sabah atas sokongan mereka dan berharap lebih ramai penaja akan tampil memberi sokongan kepada program mereka.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here