Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Ke arah kutipan cukai jualan negeri lebih baik
Published on: Thursday, May 15, 2025
Published on: Thu, May 15, 2025
Text Size:
Text:
Ke arah kutipan cukai jualan negeri lebih baik
MUSA (keempat dari kiri) merakamkan gambar kenangan bersama Brenndon (keempat dari kanan) dan pegawai kanan Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah.
Kota Kinabalu: Pindaan Enakmen Cukai Jualan Negeri Sabah 1998 bakal mengukuhkan pelaksanaan dan hasil kutipan cukai jualan negeri.

Peguam Besar Negeri Sabah, Brenndon Keith Soh berkata enakmen tersebut kini menyumbang hampir separuh daripada hasil negeri setiap tahun. 

Advertisement
“Pindaan ini merupakan antara langkah penting dalam memperkasa kewangan negeri dan memberi keupayaan lebih besar kepada Sabah untuk merancang pembangunan mengikut acuan sendiri selaras dengan hak negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Rabu.

Menurut Brenndon, jabatannya turut meneliti Enakmen Mahkamah Anak Negeri yang baharu bagi memperkemas struktur dan peranan institusi tersebut serta merangka Enakmen Perubahan Iklim yang memberi fokus kepada pengiktirafan dan perlindungan hak karbon negeri.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, pada kunjungan tersebut turut dibincangkan aspek penyelarasan undang-undang berkaitan tanah, alam sekitar dan tadbir urus negeri dalam memastikan Sabah terus bergerak ke hadapan dalam kerangka pembangunan mampan dan berpaksikan undang-undang.

Selain itu, beliau turut memaklumkan Tun Musa mengenai pencapaian Jabatan Peguam Besar dalam aspek penyediaan draf perundangan, nasihat undang-undang kepada agensi kerajaan serta pelaksanaan dasar-dasar kerajaan negeri yang memerlukan perhatian dari sudut perundangan. 

Advertisement
“Sebagai penasihat undang-undang kepada kerajaan negeri, kami komited untuk memastikan setiap dasar yang dirancang dan dilaksana adalah mematuhi kerangka undang-undang serta menjamin kepentingan rakyat Sabah,” jelas beliau.

Hadir sama dalam kunjungan itu ialah -pegawai kanan dari Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here