Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Warga Filipina bawa parang di tempat awam kena 7 tahun
Published on: Friday, May 16, 2025
Published on: Fri, May 16, 2025
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Warga Filipina bawa parang di tempat awam kena 7 tahun
Seorang warga Filipina berusia 27 tahun yang membawa parang sepanjang 70cm di khalayak ramai tanpa permit, dipenjara tujuh tahun.
SANDAKAN: Seorang warga Filipina berusia 27 tahun yang membawa parang sepanjang 70cm di khalayak ramai tanpa permit, dipenjara tujuh tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen Zaini Fishir @ Fisal menjatuhkan hukuman itu ke atas Abdul Atar Jakal yang mengaku bersalah kepada pertuduhan terhadapnya pada Khamis.

Advertisement
Abdul telah membawa senjata berbahaya itu di kawasan ABX, Bandar Indah, di sini tanpa sebarang tujuan sah pada 28 April tahun ini, jam 11 pagi. Abdul didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Mahkamah diberitahu bahawa pada hari tersebut, polis peronda Sandakan menerima laporan mengenai seorang lelaki yang disyaki mengamuk sambil membawa parang dan merayau-rayau di sekitar kawasan itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Abdul juga mengayunkan parang itu ke arah anggota penguat kuasa yang bertugas dan melarikan diri ke arah Bandar Kim Fung, kemudian ke arah Sri Taman, Batu 3, di sini, sebelum diberkas polis.

Mahkamah memerintahkan Abdul menjalani hukuman penjara itu mulai tarikh dia ditangkap dan dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Advertisement
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Al-Hakim Abdul Razak hadir untuk pendakwaan
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here