SATU penghormatan buat penyanyi rap muda Killa Driz apabila berpeluang berkerjasama dengan Raja Hip Hop Malaysia Joe Flizzow serta SonaOne bagi penghasilan lagu terbaharunya berjudul Last Time.
Bermula sekadar impian namun akhirnya ia menjadi realiti. Lebih menarik lagu Last Time awalnya bukan dihasilkan untuk Killa namun kemudiannya dihadiahkan sendiri oleh Joe.
Killa berkata Joe telah membimbing dan membantunya mengembangkan berjaya sebagai seorang artis dalam bidang muzik.
“Sudah tentu saya tidak melepaskan peluang ini kerana tahu hasil sentuhannya pasti padu. “Proses penghasilan single cukup organik. Masih ingat SonaOne menghubungi saya dan meminta datang ke pejabat Joe.
Advertisement





