Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Sabah perkenal Enakmen Pengangkatan Orang Islam
Published on: Friday, May 16, 2025
Published on: Fri, May 16, 2025
Text Size:
Text:
Sabah perkenal Enakmen Pengangkatan Orang Islam
AHADIN (kedua dari kanan) menyampaikan cenderamata berupa buku terbitan Jabatan Kehakiman Negeri Sabah bertajuk ‘Penghakiman Syariah Sabah’ kepada Tun Musa (tengah), sambil disaksikan Taherah (kiri), Ade Rizal Pahlevi (kedua dari kiri) dan Nawawi (kanan).
Kota Kinabalu: Sabah mencatat sejarah apabila menjadi negeri pertama di Malaysia meluluskan Enakmen Pengangkatan Orang Islam.

Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah, Datuk Ahadin Arinen berkata enakmen baharu yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada penghujung 2024 itu akan memperkemas proses pengangkatan anak angkat dalam kalangan umat Islam yang sebelum ini hanya berpandukan garis panduan dalaman sejak 2005. 

Advertisement
“Enakmen ini membuka ruang kepada umat Islam untuk membuat permohonan pengangkatan anak secara rasmi melalui Mahkamah Syariah, berbanding sebelum ini yang melibatkan mahkamah awam atau mahkamah anak negeri,” katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu dekat sini, pada Rabu.  

Jelas Ahadin, pelaksanaan enakmen itu melibatkan tiga agensi utama iaitu Mahkamah Syariah, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, dengan proses pengangkatan bermula daripada penilaian Jabatan Kebajikan sebelum kes dikemukakan ke Mahkamah Syariah dan diakhiri dengan pengeluaran sijil anak angkat oleh JPN. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut beliau, antara kriteria penting yang ditetapkan dalam enakmen itu ialah pemohon dan anak yang diangkat mestilah beragama Islam, di samping mematuhi undang-undang dan polisi sedia ada termasuk aspek keselamatan negara. 

“Walaupun sebelum ini kita belum ada enakmen khas, kita telah melaksanakan prosedur ini sejak 2005 berdasarkan Garis Panduan Amalan Dan Tatacara Pengambilan Anak Angkat Mahkamah Syariah 2006, dengan mengendalikan lebih 100 kes pengangkatan setahun,” ujar beliau. 

Advertisement
Selain daripada itu, Ahadin turut memaklumkan bahawa Sabah turut menubuhkan Mahkamah Utama Syariah dan menjadi negeri kedua selepas Perak menubuhkan institusi tertinggi dalam struktur kehakiman syariah negeri.  

“Penubuhan Mahkamah Utama Syariah ini selaras dengan usaha memperkukuh institusi kehakiman syariah dan memberi keadilan terbaik kepada masyarakat Islam di Sabah dan kita sangat bersyukur kerana diberi peluang menjadi negeri perintis dalam kedua-dua inisiatif ini,” tambahnya.  

Advertisement
Turut hadir dalam kunjungan itu ialah Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Sabah, Nawawi Diman; Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Sabah, Ade Rizal Pahlevi Mohd Zen dan Taherah Tahir; Hakim Kanan Mahkamah Rendah Syariah, Awang Jalimin Matiasin; Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri, Mohd Yusuf Nureddin dan Pegawai Penyelidik Ketua Hakim Syarie, Nooryasmensharini Abas. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here