LAHAD DATU: Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata bahawa perjuangan menuntut hak Sabah bukanlah hak eksklusif mana-mana parti tempatan, sebaliknya merupakan tanggungjawab bersama semua rakyat Sabah yang mahu mempertahankan masa depan negeri ini.
“Sering timbul tanggapan bahawa hanya parti tempatan yang berhak bercakap tentang hak Sabah. Hakikatnya, perjuangan ini milik semua rakyat Sabah – ia bukan hak mutlak mana-mana parti,” katanya semasa merasmikan mesyuarat berkelompok cawangan Umno Lahad Datu, pada Jumaat.
Beliau turut menegaskan bahawa parti-parti berpangkalan di Sabah seperti Upko dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) memilih untuk berjuang dalam gabungan peringkat nasional demi memastikan suara Sabah lebih didengari di peringkat Persekutuan.
“Parti politik hanyalah platform – tidak kira sama ada ia parti tempatan atau nasional.
Advertisement





