Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lima usahawan TikTok Shop terima anugerah cemerlang
Published on: Saturday, May 17, 2025
Published on: Sat, May 17, 2025
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Lima usahawan TikTok Shop terima anugerah cemerlang
EWON menyampaikan anugerah kepada seorang penerima.
KOTA BELUD: Lima usahawan TikTok Shop Sabah menerima Anugerah Usahawan Aspirasi Sabah 2025 sempena Karnival Tekun Madani di Dewan Kadamaian Square dekat sini, Khamis.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick sebagai pengiktirafan kepada usahawan Tekun yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam keusahawanan digital menerusi platform TikTok Shop.

Advertisement
Beliau berkata, anugerah terbabit bertujuan meraikan semangat keusahawanan digital serta mengiktiraf peralihan dan adaptasi para usahawan terhadap trend pemasaran dalam talian.

“Saya berharap, anugerah ini akan menjadi motivasi dan pendorong lebih ramai usahawan untuk terus berinovasi, berdaya saing secara sihat, dan mengukuhkan kerjasama antara TikTok Shop dan Tekun Nasional.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ini juga membuktikan komitmen kedua-dua pihak dalam memperkasa komuniti usahawan tempatan,” katanya dalam kenyataan media selepas majlis penyampaian anugerah berkenaan.

Penerima Anugerah Usahawan Aspirasi Sabah 2025 ialah Sharphinosbrand, Queyun Tuhau, Sambal MENAQ dan Atiya Hijab, manakala Kita Shop Sabah menerima Anugerah Bintang Sabah 2025.

Advertisement
Sharphinosbrand dinobatkan sebagai penerima Anugerah Usahawan Aspirasi Sabah 2025 selepas berjaya mengadakan siaran langsung dua kali sehari secara konsisten, mencatat lebih 140 sesi ‘live’ sepanjang Mac hingga April tahun ini.

Queyun Tuhau pula menerima anugerah selepas berjaya meraih lebih 300,000 interaksi menerusi siaran langsung dan video pendek.

Advertisement
Sambal MENAQ, mencatat lebih 170,000 tontonan hanya menerusi dua video dalam tempoh dua bulan tersebut.

Anugerah keempat diberikan kepada Atiya Hijab yang berjaya menghasilkan lebih 100 video antara Mac dan April 2025.

Kita Shop Sabah menerima Anugerah Bintang Sabah 2025 selepas mencapai prestasi terbaik secara keseluruhan, termasuk jualan tertinggi dan kejayaan menjual lebih 4,000 unit produk dalam tempoh yang sama.

Difahamkan, Karnival Tekun Madani merupakan inisiatif Tekun Nasional dengan kerjasama TikTok Shop bagi memperkasa usahawan kecil serta komuniti luar bandar. 

Pelbagai program dan aktiviti menarik disediakan sepanjang tiga hari acara, termasuk jualan langsung TikTok Shop, pameran perniagaan, bimbingan keusahawanan, permainan tradisional dan sesi ‘happy hour’.

Ewon menambah, karnival ini bukan sahaja menjadi platform penting untuk memupuk semangat keusahawanan dan celik digital, tetapi juga bertujuan merapatkan jurang antara perniagaan tradisional dan digital, terutama dalam kalangan usahawan kecil luar bandar.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here