Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Ellron: Tak boleh tergesa-gesa laksana perubahan dasar
Published on: Sunday, May 18, 2025
Published on: Sun, May 18, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Ellron: Tak boleh tergesa-gesa laksana perubahan dasar
“Kita mahu memastikan suara belia Sabah terus didengari, potensi mereka terus digilap dan perjuangan mereka terus diperkasa dalam kerangka yang jelas, selamat dan berorientasikan masa depan,” kata Ellron.
KEMENTERIAN Belia dan Sukan Sabah (KBSS) kini giat melaksanakan pelan tindakan inklusif dan transformatif bagi memastikan pelaksanaan dasar peralihan umur belia, daripada 15–40 tahun kepada julat baharu 15–30 tahun yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2026, benar-benar memperkasakan gerakan belia.

Menterinya, Datuk Ellron Alfred Angin berkata, perubahan dasar ini tidak boleh dilaksanakan secara tergesa-gesa tanpa mengambil kira realiti di peringkat akar umbi, khususnya di Sabah yang mempunyai struktur komuniti pelbagai, bentuk organisasi belia yang berbeza serta tahap kesiapsiagaan kepimpinan akar umbi yang tidak sama.

Advertisement
Dasar itu diputuskan di peringkat Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

“Sejajar dengan hasrat ini, Kementerian kini sedang bekerjasama rapat dengan Majlis Belia Sabah untuk merangka dan merealisasikan satu kerangka perundangan khusus bagi pembangunan generasi muda negeri ini iaitu Enakmen Pembangunan Belia Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Enakmen ini akan menjadi asas utama dalam memperkukuh tadbir urus organisasi belia, meluaskan pengiktirafan terhadap aktivisme dan kesukarelawanan, serta memberikan ruang kepada kepimpinan belia untuk mengurus dan membina kekuatan organisasi sepanjang tempoh peralihan ini.

“Kita mahu memastikan suara belia Sabah terus didengari, potensi mereka terus digilap dan perjuangan mereka terus diperkasa dalam kerangka yang jelas, selamat dan berorientasikan masa depan,” katanya.

Advertisement
Selain itu, bagi memperkasakan golongan belia di negeri ini, KBSS akan terus menggandakan usaha melalui pendekatan menyeluruh dan responsif dengan melaksanakan inisiatif-inisiatif utama.

“Salah satu inisiatif utama yang sedang dilaksanakan ialah Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (Syabas), di mana lebih 2,500 belia telah mendapat manfaat dalam bentuk pembiayaan, bimbingan dan pemerkasaan digital.

Advertisement
“Usahawan muda Sabah kini bukan sahaja berniaga di pasar malam atau gerai kecil, malah aktif di platform e-dagang, pertanian moden serta ekonomi kreatif digital,” katanya.

Bagi memastikan kelestarian dan keberkesanan operasi pertubuhan belia di seluruh Sabah, penyaluran Geran Pertubuhan Belia menjadi bentuk sokongan strategik untuk memperkukuh kapasiti dan keupayaan persatuan belia dalam melaksanakan program dan inisiatif berimpak tinggi kepada komuniti.

“Geran ini bukan sekadar bantuan kewangan, sebaliknya pengiktirafan terhadap peranan aktif organisasi belia sebagai pemangkin kepada pembangunan negara dan pembentukan jati diri anak muda.

“Kerajaan Negeri juga menyediakan kursus jangka pendek dan panjang khusus bagi melahirkan belia berkemahiran dalam bidang seperti automotif, pertanian pintar, IT dan perkhidmatan industri yang selari dengan keperluan semasa industri,” kata Ellron.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here