Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pertandingan sukan tradisional bermula 24 Mei
Published on: Sunday, May 18, 2025
Published on: Sun, May 18, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Pertandingan sukan tradisional bermula 24 Mei
Permainan rampanau biasanya melibatkan penggunaan dahan pokok sagu, kayu keras dan dua ketul buluh. Pemain mesti berjalan atau berlari menggunakan rampanau.
Kota Kinabalu: Pertandingan sukan tradisional tahun ini anjuran bersama Lembaga Sukan Sabah, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Kementerian Belia dan Sukan dan KDCA sempena sambutan Pesta Menuai akan diadakan di SMK Bahang, Penampang pada 24-25 Mei.

Sembilan disiplin yang dirangka oleh jawatankuasa penganjur bagi peserta ialah gusti lengan, tarik tali, melastik, menyumpit, membujak, menjerat kerbau, menghidupkan api, terompak gergasi dan rampanau.

Advertisement
Ia terbuka kepada orang ramai dan penyertaan adalah percuma. Pemenang akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai, pingat dan sijil. 

Cabutan bertuah juga akan disediakan untuk mereka yang menghadiri acara tersebut dan hadiah utama pada hari kedua ialah sebuah motosikal selain hamper, barangan sukan dan barangan elektrik.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Lebih 10 pasukan termasuk beberapa dari Semenanjung dan Brunei setakat ini mengesahkan penyertaan mereka dalam acara tahunan itu bertujuan mempromosikan sukan tradisional untuk generasi akan datang serta menyemarakkan semangat perayaan.

Pendaftaran untuk menyertai semua disiplin dibuka sehingga hari program selain “tarik tali’ yang ditutup pada 23 Mei ini.

Advertisement
Maklumat lanjut boleh didapati di akaun Facebook rasmi Lembaga Sukan Sabah atau menghubungi Stewart Anak Eddy Jampang (019-5304166) dan Mohd Khairul Lamba (014-6518781).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here