Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Nyaris maut kereta jatuh gaung
Published on: Sunday, May 18, 2025
Published on: Sun, May 18, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Nyaris maut kereta jatuh gaung
PASUKAN bomba membawa mangsa keluar dari lokasi kejadian.
SANDAKAN: Seorang lelaki dan seorang wanita nyaris maut apabila kereta Toyota Land Cruiser mereka jatuh 300 meter ke dalam gaung di Tokong Puu Jih Shih Jalan Cecily, pada pagi Sabtu. 

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Penolong Kanan Penguasa Bomba  (PKPgB) Jimmy Lagung, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 8.55pagi menerusi MERS999. 

Advertisement
“Difahamkan kenderaan Toyota Land Cruiser itu terbabas ketika pemandunya cuba meletakkan kenderaan dan terjatuh dari cerun bukit setinggi 300 kaki. 

“Terdapat dua mangsa iaitu seorang lelaki dewasa cedera di pinggul belakang dan seorang wanita dewasa cedera di tangan dalam kejadian tersebut,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa sebelum dibawa naik dan diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan yang turut tiba di lokasi kejadian. 

Kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

Advertisement
Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pada 10.20 pagi, kata Jimmy. 

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here