Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Yayasan Sabah terima dividen RM70 juta daripada Sabah Softwoods Berhad
Published on: Monday, May 19, 2025
Published on: Mon, May 19, 2025
Text Size:
Text:
Yayasan Sabah terima dividen RM70 juta daripada Sabah Softwoods Berhad
Menurut Arsad, peningkatan signifikan itu mencerminkan komitmen SSB yang konsisten meningkatkan hasil negeri melalui penjanaan pendapatan di bawah anak syarikat Yayasan Sabah itu. 
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah menerusi Yayasan Sabah tahun ini menerima dividen sebanyak RM70 juta untuk 2024 daripada Sabah Softwoods Berhad (SSB), peningkatan sebanyak RM10 juta berbanding RM60 juta pada 2023.

Menurut Pengerusi SSB Datuk Mohd Arsad Bistari, peningkatan signifikan itu mencerminkan komitmen SSB yang konsisten meningkatkan hasil negeri melalui penjanaan pendapatan di bawah anak syarikat Yayasan Sabah itu. 

Advertisement
“Pembayaran dividen ini mencerminkan peningkatan prestasi syarikat berbanding tahun 2023, di mana jumlah dividen yang dibayar adalah sebanyak RM60 juta.

“Ini menunjukkan komitmen dan konsistensi SSB dalam menjana keuntungan mampan, sekali gus menyumbang kepada hasil negeri khususnya Yayasan Sabah selaku pemegang saham terbesar,” kata Arsad dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Cek cura penyerahan dividen tersebut disampaikan oleh Arsad kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah sewaktu sesi kunjungan hormat lembaga pengarah SSB di Menara Kinabalu pada Khamis. 

Pada masa sama, Arsad turut menzahirkan penghargaan terhadap Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah atas kelulusan lanjutan pajakan tanah Sapangar, milik sebuah anak syarikat Yayasan Sabah selama 30 tahun yang dijangka bakal memastikan kestabilan dan kelangsungan operasi SSB dalam sektor perladangan kayu, kelapa sawit dan pemprosesan di negeri itu, selaras dengan hala tuju kerajaan negeri. 

Advertisement
“Kelulusan Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah bagi lanjutan pajakan tanah Sapangar, anak syarikat Yayasan Sabah selama 30 tahun merupakan keputusan strategik dan penting. 

“Ini bagi memastikan kelangsungan operasi serta kestabilan jangka panjang SSB dalam sektor perladangan kayu, kelapa sawit, dan pemprosesan, selari dengan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ),” tambahnya.

Advertisement
Kunjungan hormat itu turut dihadiri oleh Pengarah Yayasan Sabah Datuk Seri Ghulamhaidar Khan Bahadar, Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Datuk Jasnih Daya dan Ketua Pegawai Eksekutif SSB, Datuk Mohd Daud Tampokong. 

Sebagai rekod, SSB merupakan salah satu anak syarikat yang bernaung di bawah Yayasan Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here