Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
‘Jangan fikir soal sekatan, fokus kempen pemilihan PKR’
Published on: Monday, May 19, 2025
Published on: Mon, May 19, 2025
By: Mohd Nazllie Zainul
Text Size:
Text:
‘Jangan fikir soal sekatan, fokus kempen pemilihan PKR’
Saifuddin berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Peluncuran Batalion 21 Pasukan Gerakan Am (PGA) Keningau, Batalion 22 PGA Kunak dan Batalion 23 PGA Sri Aman di PGA Briged Sabah pada Ahad.
PAPAR: Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli diminta memberi fokus kepada kempen sekali gus menerangkan berkaitan trek rekod serta visi sebenar parti.

Bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara itu dilihat tunjang utama sepanjang tempoh pemilihan PKR 2025 yang bakal berakhir beberapa hari sahaja lagi.

Advertisement
“Rafizi sahabat karib saya dan hampir setiap hari kami bercakap melalui telefon. Jadi sekalipun sahabat karib sudah menjadi kewajipan saya Untuk menyampaikan pesan bahawa fokus kepada kempen kerana pemilihan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi

“Saya fikir kita selesaikan dahulu kempen mengikut peraturan. Terangkan tentang trek rekod kita dan visi menguatkan parti.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Jangan fikir sama ada kita akan disekat dan sebagainya,” katanya.

Saifuddin berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Peluncuran Batalion 21 Pasukan Gerakan Am (PGA) Keningau, Batalion 22 PGA Kunak dan Batalion 23 PGA Sri Aman di PGA Briged Sabah pada Ahad.

Advertisement
Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun.

Beliau diminta mengulas tentang kenyataan Rafizi yang membayangkan dirinya mungkin akan kembali tidak dibenarkan masuk ke Sarawak sekiranya tiada lagi berjawatan dalam kerajaan dan parti termasuk sebagai Timbalan Presiden PKR kelak.

Advertisement
Rafizi bercakap mengenai perkara itu sempena program Hidupkan Idealisme Reformasi Dalam Ujian Kuasa (Hiruk) di Kuching pada Sabtu.

Dalam ucapannya Rafizi juga menyatakan beliau sudah biasa dilarang memasuki Sarawak sebelum dilantik sebagai menteri dalam Kerajaan Perpaduan dan tidak mustahil larangan sama akan dilaksanakan semula sekiranya beliau tidak lagi memegang jawatan dalam parti mahupun Kabinet.

Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata beliau yakin Sarawak adalah rakan strategik penting dalam menyumbang kepada kestabilan politik dalam negara.

“Antara kayu ukur Global Peace Index yang memberi wajaran besar adalah kestabilan politik.

“Saya fikir tidak perlu kita lakukan beri kenyataan atau tindakan awal sebelum sesuatu perkara itu berlaku,” katanya.

Sementara itu Saifuddin memklumkan penubuhan tiga Batalion Polis Gerakan Am (PGA) iaitu dua di Sabah dan satu di Sarawak  dilihat sebagai suatu komited Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi meningkatkan kawalan keselamatan negara.

Kesemua batalion terbabit adalah Batalion 21 di Keningau, Batalion 22 di Kunak serta Batalion 23 di Sri Aman, Sarawak.

“Peluncuran hari ini sekali gus menjadikan jumlah anggota mencecah seramai 12,000 orang membabitkan 23 batalion di seluruh negara.

“Signifikan peluncuran hari ini merupakan bukti yang jelas komitmen berterusan pasukan PDRM untuk menjalankan tanggungjawab memastikan keamanan dan keselamatan negara terjamin.

“Tiga perkara penting boleh disimpulkan dalam signifikan acara hari ini termasuklah pertama mengesahkan tahap kesiap-siagaan pasukan untuk menghadapi cabaran atau ancaman keselamatan.

“Kedua memperkukuh kehadiran pasukan keselamatan di kawasan strategik manakala ketiga membuktikan iltizam kerajaan dalam memperkukuhkan infrastruktur keselamatan,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin menyatakan sejumlah RM103 juta disalurkan kepada PGA bagi pembaikan infrastruktur, naik taraf pos dan perolehan aset termasuklah menaik taraf penempatan sementara Batalion 21, Batalion 22 dan Batalion 23 PGA menerusi Rancangan Malaysia Ke-12,

“Kementerian juga telah meluluskan peruntukan kerja-kerja penyelenggaraan dan perolehan peralatan melibatkan pos-pos PGA di seluruh negara dengan kos RM45 juta pada tahun 2023 dan RM43.5 juta pada 2024.

“Dana ini bagi menyediakan fasiliti dan prasarana yang lebih kondusif untuk kelancaran penugasan dan kesejahteraan kehidupan petugas barisan hadapan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here