Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pelancong, pengusaha digesa patuhi peraturan
Published on: Monday, May 19, 2025
Published on: Mon, May 19, 2025
Text Size:
Text:
Pelancong, pengusaha digesa patuhi peraturan
Liew mengingatkan demikian susulan isu tular di media sosial mebabitkan seorang pelancong dipercayai warganegara China yang dilihat mengutip tapak sulaiman ketika berada di atas papan dayung (stand-up paddle) di perairan Kota Kinabalu.
Kota Kinabalu: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri mahu setiap pengusaha bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan pelancong dan kakitangan mereka mematuhi garis panduan dan peraturan yang ditetapkan, khususnya berkaitan perlindungan hidupan marin.

Menterinya Datuk Seri Christina Liew mengingatkan demikian susulan isu tular di media sosial mebabitkan seorang pelancong dipercayai warganegara China yang dilihat mengutip tapak sulaiman ketika berada di atas papan dayung (stand-up paddle) di perairan Kota Kinabalu.

Advertisement
Beliau berkata kementerian memandang serius insiden tersebut kerana perbuatan sedemikian bertentangan dengan prinsip ekopelancongan yang menekankan pemeliharaan hidupan marin, yang juga nilai teras dipegang oleh Kerajaan Negeri dalam komitmennya terhadap pelancongan lestari.

“Siasatan yang dijalankan oleh Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah mengesahkan bahawa kejadian berlaku di perairan Tanjung Aru, iaitu di luar kawasan Taman Tunku Abdul Rahman dan melibatkan sebuah syarikat pelancongan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Sebanyak 30 ekor tapak sulaiman telah dikutip, yang dikenal pasti sebagai spesies Horned Sea Star atau Chocolate Chip Sea Star, dikenali secara tempatan sebagai tapak sulaiman bertanduk (Protoreaster nodosus).

“Spesies ini memainkan peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem marin dan ketiadaannya boleh mengganggu keseimbangan yang rapuh ini,” katanya.

Advertisement
“Kesedaran dan pematuhan terhadap peraturan ini amat penting bagi memastikan kelestarian ekosistem marin demi kesejahteraan generasi akan datang,” tambahnya.

Menegaskan bahawa Kerajaan Negeri melalui kementerian akan terus komited dalam usaha pemuliharaan alam sekitar, Liew memberi amaran bahawa pihak berkuasa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar peraturan berkaitan hidupan liar dan ekosistem semula jadi di negeri ini.

Advertisement
“Kami akan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan berhubung isu ini,” tambahnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here