PENGERUSI Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Hans Isaac berkata tidak adil untuk melabelkan filem-filem dari Sabah dan Sarawak sebagai ‘syok sendiri’.
Beliau berkata, dalam mana-mana industri perfileman termasuk Hollywood sekalipun, tetap wujud karya yang boleh dianggap ‘syok sendiri’. “Saya fikir itu kenyataan yang tidak adil. Dalam setiap industri pasti ada elemen ‘syok sendiri’.
“Apa yang penting ialah pengkarya itu tahu bezakan mana yang ‘syok sendiri’ dan mana yang tidak. “Saya harap penggiat seni perfileman di Sabah boleh bekerjasama untuk menghasilkan kandungan berkualiti yang mampu menembusi pasaran antarabangsa,” katanya ketika ditemui selepas Program One Step Closer: Sesi Libat Urus Finas bersama Penggiat Industri Sabah di The Pacific Sutera, Kota Kinabalu, baru-baru ini.
Hans turut menasihati pengarah Sabah agar membina kepercayaan penonton menerusi hasil kerja yang berkualiti.
Advertisement





